Wednesday, July 21, 2010
Mendamba Maghfirah Ilahi..
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita semoga keampunan Allah bersama kita semua.Sebagai manusia biasa, terlalu banyak dosa dan kesalahan yang kita lakukan, samada dosa terhadap Allah swt mahupun dosa sesama manusia, samada dosa berkaitan hati atau perbuatan kita.
Mengapa kita mendambakan keampunan Allah ?
Manusia yang sering melakukan dosa terlalu mendambakan maghfirah Allah swt kerana;
1. Mendapatkan keredhaan Allah swt kerana dengan keredhaan Allah itulah kejayaan yang sebenar.رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Maksudnya; Allah meredhai mereka dan mereka menerima Allah sebagai Tuhan, demikian itu adalah kemenangan yang besar.
2. Menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan.
Hanya dengan keampunan yang diberikan oleh Allah dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan.وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya; Berikanlah keampunan.. kemaafan.. Tidakkah kamu suka agar Allah mengampunkan kamu ? Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi memberi rahmat
3. Rasa hampir dengan Allah swt. Orang yang sentiasa mengharapkan keampunan Allah akan sentiasa menghampirkan diri kepada Allah swt.وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Maksudnya; Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui
4. Merasai dan mengecapi kebahagian. Orang yang mendapat keampunan Allah, mendapat keredhaan Allah akan merasai kebahagiaan yang hakiki, didunia dan akhirat.أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
Maksudnya; Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan Itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.
Salam Menuju Redha Allah...
Monday, July 19, 2010
Badminton bulan ini
Saturday, July 17, 2010
sekitar boling Titiwangsa
Di dalam ucapan perasmiannya, Wakil Muslimat Titiwangsa menekankan Nisa’ mencari ruang dakwah dengan pelbagai kaedah yang tidak melanggar syariat Islam. Sukan juga merupakan ibadah sekiranya disertai niat yang betul. Sebagai wanita Islam jua, perlu menjaga adab dan ahlak dalam bersukan supaya imej Islam sentiasa di pandang m
ulia oleh masyarakat lain.
Pertandingan boling ini dijalankan dalam 2 pusingan, di mana peserta mempunyai peluang bermain bersungguh-sungguh dengan tempoh permainan yangagak lama. Rata-rata peserta berpuashati dengan 2 pusingan yang diadakan. Programn berakhir jam 12.30tengahari dengan penyampaian hadiah oleh Timbalan Pengarah Nisa WP. Juara dimenangi oleh team dari Cheras, Naib Juara Team dari Keramat dan Tempat ke 3 oleh Nisa Wangsa Maju. Manakala pemain terbaik dimenanangi oleh peserta dari Cheras Cik Nurul Azura Azman Shaar dari Cheras. Pada hari tersebut juga dibuka keahlian Nisa’ dan pengundi baru.
Nisa Titiwangsa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan ajk yang membantu menjayakan program kali ini. Untuk makluman program sulung Nisa titiwangsa ini diharapkan dapat menjadi pemnagkin semangat untuk meneruskan program-program akan datang yang lebih bermanafaat kepada semua lapisan masyarakat.
Tuesday, July 13, 2010
Jejak Kasih Remaja@Times Square
Sunday, July 11, 2010
Pertandingan boling Nisa' Titiwangsa
updated! hanya 4 team lagi diperlukan...cepat daftar segera! hadiah istimewa untuk mata tertinggi :)
Assalamualaikum wbt,Nisa Titiwangsa ingin menjemput anda semua menyertai pertandingan boling details seperti berikut:
Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 9.30pg-1 ptg
Tempat : Ampang Superbowl, Plaza Flamingo, Ampang (sebelah MRR2)
Penyertaan yang kami target adalah 10 team.. satu team 5 orang.
Anda berminat? Jangan lupa reserve penyertaan anda kepada Aisyah (013-6986410) atau Oyin (016-3310915) sebelum 5 Julai 2010..
Cepat ye! Tempat adalah terhad!