Wednesday, August 26, 2009

Happy 'Best' Day

HAPPY BIRTHDAY!!



Nisa' WP mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat2 yg lahir dalam bulan Ogos. Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah swt. =)


Fazalilah Abdul Mutalib - 2 Ogos
Nor Azilah Abdullah - 2 Ogos
Tengku Balqis Tengku Azam - 2 Ogos
Nurul Huda Setak - 6 Ogos
Nurhidayah Mohamad Som - 7 Ogos
Norhidayah Ab Ghani - 7 Ogos
Nurul Hidayah Zainal - 11 Ogos
Liza Taufik - 11 Ogos
Nor Hamidah Ismail - 11 Ogos
Norsham Shamsuddin - 14 Ogos
Nurul Awinar Zainuddin - 14 Ogos
Nor Hasliza Abdullah - 15 Ogos
Noorhuda Mohd Yaacob - 17 Ogos
Ummu Aiman Ismail - 17 Ogos
Siti Farah Mohd Sapinie - 17 Ogos
Nurhuda Jamaluddin - 18 Ogos
Salazzuin Abdul Salam - 22 Ogos
Aishah Abd Rahim - 23 Ogos
Suria Mohammed Shahid - 23 Ogos
Siti Norkhalilah Ahmad Khairi - 23 Ogos
Nurul Faizah Jusoh - 23 Ogos
Nurul Sakinah - 24 Ogos
Norhanita Ibrahim - 24 Ogos
Noraizali Yahaya - 25 Ogos
Nuzira Haimi - 25 Ogos
Norazurah Mohd Nor - 26 Ogos
Nurul Syafiqah Ahmad - 28 Ogos
Norlela Mohd Noor - 30 Ogos




Saturday, August 22, 2009

Sunday, August 9, 2009

Tersingkap Sebuah Rahsia..


Setelah sekian lama peminat setia Talkshow Nisa` WP menanti , kali ini Unit Pembangunan Insan (UPI) hadir melalui talkshow, bersempena Isra` Mikraj yang bertajuk Isra` Mikraj : Tersingkap Sebuah Rahsia. Dengan izin Allah S.W.T, talkshow ini telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Julai 2009 bersamaan 26 Rejab 1430 Hijrah di Dewan Seminar Masjid As-Syakirin, KLCC.

Di kala insan lain masih dibuai angin petang yang indah, para hadirin telah dihidangkan dengan santapan rohani oleh Ustaz Uda Bin Kassim yang merupakan Mantan Ketua Penerangan dan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor.


Rahsia mengenai keajaiban Isra ` Mikraj telah tersingkap oleh para hadirin ,dan penceramah menyeru kepada para hadirin untuk sentiasa menyambut dan mengambil iktibar dari peristiwa Isra` Mikraj yang telah dilalui oleh junjungan beesar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya agama yang diwahyukan oleh Allah adalah benar dan peristiwa Isra` Mikraj ini merupakan mukjizat yang besar dari Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W.

"Maha suci Allah yang membawa hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa (Palestin) yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah juga yang amat mengetahuinya." (Surah al-Isra': 1)

Isra' Mikraj adalah suatu peristiwa yang teragung dalam bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat, beramai-ramai ke Madinah. Ertinya, Isra' Mi'raj adalah satu titik permulaan Islam mula bertapak di Mekah, solat mula diisytiharkan sebagai suatu amalan dan ketika itu hidup Muslimin penuh dengan riwayat sengsara dan gangguan sehingga memaksa mereka mencari perlindungan di Madinah. Lalu, dengan itu
terbentuklah sebuah Negara Islam yang pertama di dunia.Isra' Mi'raj adalah satu 'turning point' di mana Islam itu terasas dengan begitu kukuh oleh kerana telah termaktub suatu resolusi dari langit mengenai kefardhuan solat yang mana sebelum itu, solat belum lagi diperkukuhkan s
ebagai suatu amalan yang wajib.


Perjalanan kerohanian Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril a.s itu mirip kepada tarbiyah Khidhir a.s ke atas Musa a.s dalam surah al-Kahfi. Dalam perjalanan, ada saja penglihatan yang terbentang dan pengajaran yang baginda lihat.Di riwayatkan bahawa baginda telah menyaksikan golongan yang sedang bertani dam terus menuaikan hasil pertaniannya.

Baginda juga menyaksikan tempat berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, kaum sedang memecahkan kepala, kaum yang menutup kemaluan dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah berbau busuk.

Rasulullah dibawa ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim yang sedang berada di Baitul Ma'mur bersama beberapa kaumnya.Rasulullah s.a.w juga melihat golongan yang sedang menanggung satu bebanan. Ketika bebanan itu berat, mereka menambah lagi bebanan itu sehingga mereka tidak terdaya lagi menanggungnya.

Peristiwa Isra` Mikraj merupakan peristiwa yang amat penting kerana kerana menunjukkan kebenaran Islam. Peristiwa yang telah berlaku hendaklah diyakini oleh kita kerana tiada yang mustahil di dunia ini kerana semuanya datang dari Allah Yang Maha Pencipta.

Sekalung penghargaan buat muslimin dan muslimat yang telah memeriahkan talkshow kali ini. Semoga terus istiqamah untuk terus menghadiri talkshow dan program-program Nisa' yang lain.
Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk menghadirkan diri, insya Allah kami akan membawakan kepada anda tajuk-tajuk yang lebih menarik dan padat dengan ilmu-ilmu pengisian rohani dan mendidik jiwa untuk mengisi ruang-ruang vakum dalam situasi masyarakat yang dahagakan pengisian di kala berhadapan dengan dugaan serta cabaran bersifat keduniaan di akhir zaman ini.Oleh itu, semua muslimat dan juga muslimin diseru untuk mengajak sahabat-sahabat, jiran, saudara dan sesiapa sahaja untuk hadir pada talkshow yang akan datang.


Sokongan daripada semua amatlah dihargai dalam menjayakan talkshow, anjuran Unit Pembangunan Insan (UPI), Nisa' Wilayah Persekutuan.
"Kerana Dirimu Begitu Berharga..."

Tuesday, August 4, 2009

Jiwa dan wang..

“Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluardan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”(QS: al-Talaq:23)

Di sebuah tasik yang besar ada 2 orang pemancing yang paling hebat antara ratusan pemancing yang ada. Pemancing A dan pemancing B. Ilmu memancing mereka tidak mampu ditandingi. Setiap kali memancing, pasti banyak ekor ikan yang mereka perolehi.Disebabkan kehebatan memancing mereka, lalu sekumpulan pemancing lain ingin belajar memancing daripada mereka berdua.

Pemancing A berkata, “Jika saudara semua ingin belajar memancing dengan saya, saudara semua perlu membayar saya yuran kursus memancing sebanyak RM400 seorang.”“Wah! mahalnya. Kenapa terlalu mahal? Kami juga mencari rezeki dengan memancing dan hasil yang kami perolehi tidak sehebat tuan,” kata sekumpulan pemancing.“Jika saya berikannya secara murah atau percuma, kamu pasti tidak akan menghargai ilmu saya. Juga, jika saya berikan ilmu saya kepada kamu semua, kamu pasti akan pandai memancing. Jadi bagaimana saya mahu memperolehi rezeki yang banyak lagi jika kamu sudah pandai memancing. Kamu akan mengganggu hasil tangkapan saya“.

Sekumpulan pemancing itu berbincang sesama sendiri. Mereka mengambil keputusan tidak mahu belajar dengan pemancing A. Mereka bertemu pula dengan pemancing B.“Salam sejahtera saudara semua. Seperti ada hajat baik datang berjumpa dengan saya, ” Sambut pemancing B.“Kami berhajat untuk belajar memancing dengan tuan. Kami dapat tahu tuan pemancing yang hebat,” kata orang sekumpulan pemancing itu.“Saya tidaklah hebat. Tuan boleh belajar memancing dengan saya,” pemancing B sudi mengajar sekumpulan pemancing memancing dengan cara yang betul.“Boleh kami tahu berapa yurannya?” tanya sekumpulan pemancing.

“Tiada yuran, tetapi ada dua syaratnya. Pertama, saya tidak mempunyai wang untuk menyediakan umpan dan juga peralatan memancing. Jadi tuan-tuan perlu sediakan atau boleh berikan saya sedikit wang untuk saya cari umpan yang terbaik. Kedua, Jika tuan-tuan pergi memancing, jangan lupa menjemput saya. Tidaklah bosan saya memancing sorang-sorang,” kata pemancing B.“Baiklah, kami setuju,” sahut sekumpulan pemancing dengan gembira.Mereka belajar memancing dari sehari ke sehari sehingga mahir. Kini, setiap kali memancing, pasti sekumpulan pemancing tadi mendapat banyak ikan. Apabila mereka mendapat ikan yang banyak, mereka akan berikan kepada pemancing B beberapa ekor ikan hasil tangkapan mereka sebagai hadiah tanda penghargaan ilmu yang telah diberikan kepada mereka.

Apabila pemancing lain mengetahui hal ini, lebih ramai yang ingin belajar daripada pemancing B. Apabila mereka mahir, mereka menghadiahkan dengan pelbagai bentuk hadiah tanda penghargaan. Hadiah atau pemberian mereka tidak pernah putus apabila mereka mendapat tangkapan ikan yang banyak. Ada yang beri dalam bentuk wang dan ada juga memberikan ikan hasil tangkapan mereka kepada pemancing B.Pemancing B juga mendapat ramai kawan.

Kehidupan pemancing B semakin bahagia dan tenang.Pemancing B ikhlas membantu tanpa mengharapkan malah tidak pernah terfikir tentang balasan yang diterimanya. Tetapi Allah SWT memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

***Yakinlah pada Allah SWT bahawa rezeki pasti ada untuk mereka yang sentiasa ingat Allah SWT. Menjadi masalah utama apabila kita terlalu bimbang dengan rezeki yang ada sedangkan urusan rezeki adalah urusan Allah SWT.Kita memerlukan rezeki, memerlukan wang dan sebagainya tetapi keyakinan di dalam memperolehinya sentiasa rendah. Kita tidak yakin dengan melakukan kerja dengan ikhlas, kita akan pasti akan memperolehi rezeki. Kita biasanya ingin lihat rezeki dahulu barulah mahu melakukan kerja.Yakinlah rezeki pasti datang dari arah yang tidak disangka-sangka setelah kita melakukan sesuatu dengan ikhlas. Yang lebih menggembirakan, dengan keikhlasan, kita akan lebih tenang dan gembira kerana pasti ramai yang sudi berkawan dan menuntut ilmu dengan kita.

Bagaimana untuk ikhlas? Komunikasilah dengan Allah memohon ikhlaskan jiwa kita.“Ya Allah, aku rasa tak ikhlas nak buat kerja ni ya Allah. Tapi ya Allah, Engkau meminta untuk aku ikhlas ya Allah. Ya Allah, Engkau ikhlaskanlah jiwa aku ni ya Allah. Bantu aku ya Allah. Janganlah aku ni fikir duit saja ya Allah di dalam melakukan pekerjaan ya Allah. Aku yakin Engkau akan beri rezeki pada aku. Ya Allah, ikhlaskan aku ye ya Allah. Terima kasih ya Allah, Terima kasih.”Semoga cerita tersebut dikenang sentiasa.

Source: http://www.fuadlatip.com/v1/2009/07/jiwa-dan-wang/

Sunday, August 2, 2009

USR dalam Muslimah!



Nampaknya Unit Sukan dan Rekreasi Nisa Wilayah Persekutuan telah dipaparkan dalam majalah Muslimah bulan ini.. tahniah!
Anda jangan ketinggalan menyertai aktiviti USR ya :)