Tuesday, September 2, 2008

Nisa' Wilayah di Konsert Akhir Akademi Nasyid

Segala puji bagi Allah SWT di atas hidayah dan inayahNYA jua, 4 orang wakil daripada Nisa' Wilayah telah berkesempatan untuk menghadiri Konsert Akhir Akademi Nasyid atas jemputan Saudara Azhan Atan yang merupakan salah seorang finalis dan akhirnya dinobatkan sebagai JUARA bagi musim yang pertama.

Bersama-sama keluarga Saudara Azhan

Sekalung penghargaan kepada Saudara Azhan Atan di atas kesudian untuk mengundang kami dan tahniah di atas kejuaraan yang diraih pada malam tersebut. Sesungguhnya kemenangan ini juga adalah rezeki buat isteri dan anak-anak beliau yang turut menghadiri Konsert Akhir tersebut.

Bersama-sama isteri dan salah seorang anak Saudara Azhan

Saudara Farihin Abdul Fatah, salah seorang Juri Profesional di Konsert Akhir Akademi Nasyid

Semoga kejuaraan Saudara Azhan Atan ini menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk terus memartabatkan lagu-lagu nasyid sebagai alternatif di dalam industri hiburan tanahair kita yang tercinta ini.

2 comments:

Hubby Karima said...

Semoga kemenangan yang dimenangi oleh azhan akan dimanfaat dengan sebaik mungkin. InsyaAllah.. seronok juga melihat kemenangan yang diperolehinya, kerana sememangnya dia seorang insan yang istimewa.. dari awal lagi akak dah agak dia akan merangkul hadiah ni, kerana nampak sangat keikhlasan dia semasa memasuki pertandingan ini. Semoga Allah akan sentiasa memberkati dia dan keluarganya.. Amin.

Anonymous said...

ye, betul tu hubby_karima...kemenangan Azhan membuktikan yg insan OKU mempunyai bakat semulajadi yg tersendiri yg Allah anugerahkan buat mrk despite kekurangan mrk.

kpd mereka yg mennyaksikan secara "live" di studio pd mlm itu, akan dpt merasakan kekudusan & ketulusan Azhan menyampaikan lagu2 yg tlh menjadi pilihannya utk disampaikan.

semoga murah rezeki beliau sekeluarga selepas ini & teruskan perjuangan untuk memartabatkan lagu2 nasyid dlm industri hiburan tanahair.

he really deserves the award!

Allahu Akbar!