Friday, March 21, 2008

Iklan Pengambilan Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) USM

OBJEKTIF

Universiti Sains Malaysia mewujudkan Skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik untuk melatih bakal pensyarah daripada calon-calon yang dipilih.

KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN

Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat
a) Ijazah Tinggi dan Ijazah Kedoktoran.
b) Tempat pengajian di dalam/ luar negara


ELAUN YANG DITAWARKAN

Elaun Keperluan Peribadi, Elaun Sara Hidup mengikut tempat pengajian dan kemudahan-kemudahan lain seperti tambang, yuran pengajian, Elaun Penempatan, Elaun Pakaian Panas, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Tesis dan Elaun Akhir Pengajian. Bagi fellow yang berkeluarga USM akan membayar Elaun Bantuan Keluarga dan Elaun Bantuan Sewa Rumah.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Memperolehi kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kedua Tinggi atau PNGK 3.0 ke atas.
2. Permohonan untuk Ijazah Tinggi umur tidak melebihi 30 tahun manakala permohonan untuk Ijazah Kedoktoran umur tidak melebihi 38 tahun.
3. Calon yang mempunyai Ijazah Tinggi boleh memohon untuk mengikuti Ijazah Kedoktoran.
4. Permohonan dibuka kepada calon yang telah tamat pengajian Ijazah Pertama atau berada dalam tahun akhir pengajian Ijazah Pertama dan pelajar Ijazah Tinggi (yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA))
5. Calon dan ibubapa ialah warganegara Malaysia
6. Seorang pemohon hanya berhak memohon satu pusat pengajian dan satu bidang pengajian sahaja.
7. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
8. Borang permohonan yang lengkap dengan sijil-sijil yang telah disahkan dan laporan pengadil perlu dihantar ke pusat pengajian.
9. USM berhak membatalkan permohonan tuan/ puan sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu.
10. Calon yang sedang bekerja di mana-mana jabatan kerajaan ataupun badan berkanun adalah dikehendaki memohon melalui ketua jabatan.
11. Sekiranya pemohon tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak USM dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan tersebut adalah dianggap tidak berjaya.
12. Permohonan akan diproses tertakluk kepada kekosongan bidang semasa di Pusat Pengajian yang dipohon.


CARA PERMOHONAN

Permohonan secara online bagi Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) akan dibuka sepanjang tahun.

Layari laman web
http://enovate.usm.my/assist . Lihat pada menu Iklan untuk menyemak program yang ditawarkan di USM dan seterusnya pilih menu Application Form untuk memohon skim ASTS.

No comments: