" DUNIA BARU REMAJA"
6 Januari 2008, Ahad. – Setelah sekian lama para peminat setia Talkshow NISA` menanti kemunculan talkshow yang bertajuk "Dunia Baru Remaja", akhirnya dengan izin dari Allah S.W.T, talkshow kali ini berjalan dengan jayanya. Bertempat di Dewan Seminar, Masjid As-Syakirin KLCC, talkshow kali ke 6 ini berjaya menarik 165orang hadirin yang juga terdiri daripada muslimin.
Gandingan 2 ahli panel yang cukup berpengalaman dan dikenali ramai iaitu Ustaz Zaharuddin Bin Abd Rahman dan Ustazah Nor Hafizah Bt Musa, talkshow kali ini, membuka minda para hadirin dalam menghayati dunia remaja yang sebenarnya. Ditambah lagi dengan celoteh Moderator yang mengendalikan forum, iaitu saudari Arfah, menjadikan para hadirin tidak berganjak hingga ke akhir talkshow.
Selama dua jam setengah, para hadirin dihidangi dengan pengisian yang berkisarkan hijrah remaja, konteks golongan remaja menurut acuan Islam,senario yang sering berlaku di kalangan remaja zaman sekarang.Selain itu juga, para hadirin didedahkan dengan statistik terkini kebejatan sosial remaja.Para ahli penal turut membincangkan punca-punca dan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah di kalangan remaja pada hari ini beserta dengan cara penyelesaian yang boleh dilakukan.
Para hadirin juga turut terkesan dengan ulasan ahli penal mengenai peranan golongan muda terhadap agama dan negara, di mana golongan muda memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan jatuh bangun sebuah negara Islam. Bagi merungkaikan persoalan di hati para hadirin, sesi soal jawab telah diadakan di akhir talkshow.Dengan sesi soal jawab yang begitu rancak, talkshow kali ini berakhir pada jam 1 tengahari.
Sekalung penghargaan buat muslimat dan muslimat yang memeriahkan talkshow kali ini.Semoga terus istiqamah untuk terus datang ke talkshow dan program-program NISA`. Dan, kepada yang tidak berpeluang untuk menhadirkan diri, Insya allah kita jumpa di talkshow yang akan datang dengan tajuk yang lebih menarik dan lebih padat dengan ilmu-ilmu bagi pengisian rohani dan mendidik jiwa kita. Oleh itu, semua muslimat dan juga muslimin diseru mengajak sahabat-sahabat, jiran, saudara dan sesiapa sahaja untuk hadir pada talkshow yang akan datang. Sokongan daripada semua Muslimat sekalian amatlah dihargai dalam menjayakan Talkshow, anjuran Unit Pembangunan Insan (UPI) Nisa' Wilayah Persekutuan.
"Kerana Dirimu Begitu Berharga"....
2 comments:
salam..
sy ada join prgrm tu ritu
best..
dpt gak sain ustaz..hehe
ada gmbr2 dy tak??
nk leh?/^_^
salam..
sy ada join prgrm tu ritu
best..
dpt gak sain ustaz..hehe
ada gmbr2 dy tak??
nk leh?/^_^
Post a Comment