Monday, December 31, 2012

Santai Selebriti di Putrajaya


Sumber : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2012/12/santai-selebriti-19-januari-2013.html

Assalamua'laikum

Jemputan



SANTAI SELEBRITI
Tarikh : 19 JANUARI 2013 / SABTU
Masa : 9.00 PAGI - 12.30 T/HARI
Tempat : SURAU AL-HUSNA, FASA 12, PRESINT 9, PUTRAJAYA.

Jemput datang ramai-ramai. Sebarkan pada yang lain ya.

Terima kasih.

Thursday, December 27, 2012

Ayuh Bersama Kami @ KLCC

Assalamua'laikum.

Jemput datang beramai-ramai.
Jangan lepaskan peluang.






Monday, December 17, 2012

LARIS 12


KENYATAAN MEDIA
YAYASAN PRIHATIN TITIWANGSA / NISA WILAYAH PERSEKUTUAN

LARIAN SIHAT TITIWANGSA 12 (LARIS 12) MEMUPUK MASYARAKAT KL YANG SIHAT
(13 Disember 2012)
 
Yayasan Prihatin Titiwangsa (YPT) dengan kerjasama Nisa’ Wilayah Persekutuan (NISA WP) akan menganjurkan Larian Sihat Titiwangsa 2012 (LARIS 12). Ia akan diadakan pada 23 Disember 2012 (AHAD) bermula jam 7.30 pagi bermula dari Taman Tasik Hiliran Ampang, Kuala Lumpur. Dengan jarak sejauh 7.5 kilometer bagi lelaki manakala 6 kilometer bagi perempuan, larian ini akan merentas kawasan sekitar Desa Pahlawan, Desa Pandan, Taman Maluri, Kampung Pandan dan kembali ke Taman Tasik Hiliran Ampang. 

Larian ini diadakan dengan tujuan menyahut seruan kerajaan agar menggalakkan masyarakat hidup dalam budaya yang sihat sejahtera. Menyedari bahawa kadar kesihatan rakyat Malaysia semakin menurun dengan pelbagai penyakit menyerang masyarakat khususnya terhadap generasi muda, dan kebanyakannya berpunca dari amalan kesihatan yang tidak dijaga seperti pemakanan tidak seimbang serta kurangnya senaman. 


LARIS 12 juga diadakan bagi memupuk semangat persaudaraan dalam masyarakat serta kehidupan positif. Apa yang diharapkan, LARIS 12 dapat membina masyarakat yang prihatin, harmonis, toleransi serta saling membantu bagi menangkis budaya kehidupan liar dan tidak sihat seperti dadah, jenayah dan zina. 

Antara tetamu yang bakal hadir adalah saudara Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, Penasihat Undang-Undang Yayasan Prihatin Titiwangsa (YPT) yang akan merasmikan LARIS 12, Dr Rosni Adam dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR), Ustaz Nur Raihan Abdul Aziz (PKWR), Mej (B) Ustaz Abdullah Abdul Wahab (YDP Titiwangsa), Puan Khairi Syutina Mahmood, Ketua Nisa WP dan lain-lain lagi.

Pelbagai aktiviti sampingan disajikan bagi menarik kehadiran tetamu ke LARIS 12. Antaranya aktiviti kanak-kanak dengan pertandingan mewarna dan origami, sukaneka kanak-kanak, cabutan bertuah untuk peserta LARIS 12 serta gerai jualan. Semua peserta LARIS 12 juga akan diberikan T Shirt percuma dengan yuran penyertaan hanya RM 10 (dewasa dan veteran) manakala RM 5  untuk remaja. Malah, maskot PASTI Hadi dan Huda turut menceriakan suasana program tersebut.

Dianggarkan seramai 500 peserta akan menyertai larian ini dengan pelbagai kategori disediakan seperti veteran lelaki dan perempuan (45-60 tahun), dewasa (18-44 tahun) bagi lelaki dan perempuan serta remaja (13-18 tahun) untuk lelaki dan perempuan. Hadiah utama untuk 10 pemenang utama setiap kategori disediakan dengan nilai RM2,000 jumlah keseluruhannya.

Bagi mereka yang ingin menyertai LARIS 12, boleh menghubungi Sdri Aminah di talian: 019 3694720 atau Sdr Hilman Muslim di talian : 013 3006125.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Pengarah Program
LARIAN SIHAT TITIWANGSA 2012 (LARIS 12)

Tuesday, December 4, 2012

Program Masjid Mizan Tuanku Zainal Abidn @ Putrajaya

Assalamua'laikum.

 :D. Nak kongsi majlis ilmu ni. Semoga bermanfaat.

Boleh tengok di laman web rasmi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin / MAsjid Besi.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin



Tarikh : 12 Disember 2012 - 15 Disember 2012
Tempat :Dewan Solat Utama, MTMZA
Acara Menarik :
Bicara Ilmu : 12 - 14/12/2012 -  7.30 Malam
1. 12/12/2012 - Dr Zahazan bin Mohamad
- Tajuk : Anakku Soleh Anakku Hebat
2. 13/12/2012 - Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman
- Tajuk : Ibu Mithali Bapa Berkualiti
3. 14/12/2012 - Dr. Zaharudin bin Abdul Rahman
-Tajuk : Bank Keluarga Usrati diberkati
4. 15/12/2012 - Irma Hasmie bt Ibrahim (Pelakon & Pengacara)

Ihtifal Lil Atfal : 15/12/2012
Acara Kemuncak : 8.00 pagi - 6.00 petang
Sukaneka Keluarga : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Pertandingan Ilmiah : 2.00 petang - 6.00 petang
Cabutan Bertuah, Hari Bersama Pelanggan & Pameran
** Terbuka kepada orang ramai
** Bayaran Penyertaan setiap acara sebanyak RM 5
** Jumlah penyertaan adalahsatu acara sahaja setiap individu
** Borang Penyertaan boleh muatturun disini
SENARAI ACARA :

Wednesday, November 28, 2012

JOM KE TAMAN SYURGA

NISA` WILAYAH PERSEKUTUAN menjemput semua ke TALKSHOW NISA` WP

TARIKH : 8/12/2012
HARI : SABTU
JAM : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SYARAHAN UTAMA, MASJID NEGARA

MASUK ADALAH PERCUMA

KITA JUMPA DI SANA...



Tuesday, October 23, 2012

Jom beramal di Bulan Zulhijjah


Bulan Zulhijjah memang terkenal dengan bulan utk para umat Islam menunaikan haji dan mengamalkan ibadah korban..
namun, jangan biarkan bulan ini berlalu begitu sahaja, kerana ada ibadah lain yang perlu kita rebut peluang untuk menambah pahala...

1) Berpuasa
Berpuasa pada hari-hari Zulhijjah atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah – . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

2) Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,
para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :

“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

3) Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada kita untuk mujahadah dan terus berusaha meningkatkan amalan kita...kerana dunia ini hanya persinggahan....
persinggahan dalam mencari bekal pahala untuk di bawa di akhirat kelak dengan rahmat ALLAH SWT..

SELAMAT BERAMAL
SALAM AIDILADHA DARIPADA NISA` WILAYAH PERSEKUTUAN

Monday, October 15, 2012

Doa Keluarga Bahagia :)

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Doa dan harapan, moga sihat badan, sihat iman.:)

Hari ini, nak kongsikan satu doa. Jom, sama-sama kita amalkan, :)


Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.


Semoga bermanfaat untuk semua.

Wassalam.

(^_~)