Wednesday, August 15, 2012

SALAM KEMAAFAN BUAT SEMUA




Assalamua'laikum.

Penghujung Ramadhan. Saat ini, ramai dah mula balik kampung. Esok, bertambah ramailah nampaknya. Kerna, cuti sekolah sudah bermula. ^_^

Alhamdulillah, ALLAH masih pinjam nyawa hingga ke saat ini. Semoga setiap hela nafas kita, dirahmati dan diredhai.

Dikesempatan ini, kami dari Nisa' Wilayah Persekutuan ingin memohon ribuan ampun dan maaf, sekiranya ada sebarang kekurangan dan kelemahan, salah serta silap.

Semoga I'dul Fitri nanti, dapat diraikan dengan gembira, hati yang suci.

Ramadhan bakal berakhir. Sama-sama kita manfaatkan ruang waktu yang masih ada. ^_~

Wassalam

Monday, August 6, 2012

Nisa' Putrajaya membawakan MUHASABAH RAMADHAN. Jomm..

sumber : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2012/08/m-u-h-s-b-h-r-m-d-h-n.html


Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga diberi kesihatan yang baik, hendaknya.

Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan perancangan Kuliah Dhuha yang seterusnya. =)



Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita tengok 'details' EUW yang bakal berlangsung:

TARIKH : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433H (Ahad)MASA    : 9.30 - 11.30 PAGITEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI)

Jangan lepaskan peluang... Panel yang akan bersama kita ialah :
USTAZ SYED ABDUL KADIR ALJOFREE!
Personaliti rancangan Tanyalah Ustaz TV9, dan sering juga menjadi tetamu undangan dalam rancangan-rancangan yang lain.

AYuh, bersama kita berMUHASABAH, apa yang telah kita lakukan sepanjang RAMADHAN ini. Adakah masih ada peluang untuk kita tampung mana-mana ruang yang lompong, atau tidak?

JAngan lupa ajak kawan-kawan yang lain ya. (^_^). Sebarkan pada yang lain.

wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, July 16, 2012

Nisa' Small Kindness kembaliii :)



Assalamualaikum wbt


Lovely ladies & Respectful gentlemen :)



Please help us to help others :)



Thanks!



Yours Truely,


Nisa' Wilayah Persekutuan





Wednesday, May 16, 2012


Dekat-dekat nak cuti sekolah hujung bulan ni, kami di Nisa' Wilayah menerima banyak sungguh undangan walimah dari sahabat-sahabat mahupun AJK sendiri :) Mabruk 'alaikum kepada semua bakal pengantin. Mudah-mudahan segala yang dirancangkan beroleh panduan dan seterusnya dimudahkan oleh Allah s.w.t. Moga keluarga kita semua dilimpahkan mawaddah, sakinah wa rahmah dari Allah s.w.t.

Oh yes, Bercakap tentang membina keluarga ini, Nisa' Wilayah akan membawakan kepada anda suatu TALKSHOW yang cukup menarikkk :)

TALKSHOW: SYURGA DI WAJAH MU
OLEH : USTAZ SYED ABDUL KADER AL JOOFRE
BILA: 27 MEI 2012 (HARI AHAD)
DI: MASJID AL AKRAM, KERAMAT (dekat dengan LRT Keramat)
MASA: 9 PAGI

Khususan kepada semua muslimat wa muslimin. Sebab semua kita ialah anggota sebuah keluarga. Pasti mesti lah kita nak keluarga kita tu jadi baik. Ustaz insyaAllah bakal mengupas bagaimana nak merasai dekatnya kita dengan syurga bila berada di kalangan ahli keluarga kita. Orang kata, nak bagi kita feel ahli keluarga kita itu juga ialah ahli syurga. Ha...macam mana nak buat tu bagi ada feeling tu?

Nantikan tips, perkongsian dan pendetailan dari Ustaz Syed Abdul Kader di TALKSHOW SYURGA DI WAJAH MU nanti ya.

Mari semua kita bersama
menadah ilmu bekalan ke sana
Keluarga bahagia impian semua
dari dunia membawa ke syurga



Jumpa di sana yaaa~!! Adios~

Thursday, March 29, 2012

Ayuh kembara cari ilmu... Ke Putrajaya....

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga dalam kalungan kesihatan yang baik sentiasa hendaknya. Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kembara kehidupan sebagai hambaNYA. Dengan limpahan nikmat dan kurnia yang tak pernah berkurang. Alhamdulillah.

Kali ini, kami ingin mengajak sahabat sekalian untuk sama-sama bertebaran mencari ilmu. Kali ini, Putrajaya menjadi sasaran.

Ayuh, sama-sama kita hadirkan diri ke majlis ilmu anjuran Nisa' Putrajaya yang akan berlangsung sepanjang bulan April nanti. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar perkongsian hebat dari para penceramah yang sememangnya tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Jom, semak tarikh:


Jangan lupa ajak kawan-kawan untuk hadir beramai-ramai ya.. (^_~).

Jumpa di sanaaa..

wassalam.

Monday, March 12, 2012

SYRIA : What's Next?? - Anjuran Nisa' Putrajaya + Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

*Program bersama Nisa' Putrajaya*
 


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kembara kehidupan hingga ke saat ini. Tanpa rahmat dan izinNYA, mana mungkin kita mampu melakukannya.

ALLAHu ALLAH.

Dunia hari ini kecoh dengan isu Syria. Dimanakah letaknya Syria? Apakah yang berlaku? Siapakah yang memulakannya? Siapakah mereka?

Persoalan demi persoalan timbul.

Ayuh, sama-sama kita kupas dan fahami isu ini dalam program terkini anjuran bersama Nisa' Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan berlangsung dalam pada ketetapan berikut :

TARIKH : 17 Mac 2012 ( Sabtu)
MASA : 8.00 malam
Tempat : Dewan Solat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya.

Jangan lepaskan peluang! Jom tambah ilmu, sama-sama kita cakna!

MUSLIMIN dan MUSLIMAT dijemput hadir beramai-ramai.

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *