Tuesday, June 11, 2013

Warming Up :D


Assalamua'laikum

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. :)

Hari ni dah masuk bulan Syaaban. Bermakna tak sampai sebulan lagi, kita akan bertemu Ramadhan penuh barokah. ALLAHu ALLAH. Moga ALLAH panjangkan usia kita semua sehingga akhir Ramadhan.

Puasa tahun lepas dah berganti ke belum? :D Kalau belum, kenalah usahakan untuk habiskan puasa ganti ya. Lunaskan dulu hutang-hutang puasa yang lama :D Semoga diberi kekuatan.

Jom, sama-sama lakukan persedian untuk menyambut Ramadhan yang bakal menjelma. Jangan sibuk cari pakaian raya je. Heeeeeeee

Salam sayang buat semua

Friday, June 7, 2013

Biar Gambar Berbicara 2

Assalamua'laikum

Ayuh, kita perbaiki diri . Tutup aurat dengan sempurna. :)



Sayang selalu.

Wassalam. ;D

Wednesday, June 5, 2013

Biar Gambar Berbicara 1

Assalamua'laikum.

Muhasabah bersama :


Sayang semua kerana ALLAH. :D

Wassalam

Monday, June 3, 2013

ALLAH sentiasa memberi peluang kepada kita. :)

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, bersiaran lagi. :)

Apa khabar jasmani? Apa khabar rohani? Semoga dilindungi dan dirahmati ALLAH sentiasa hendaknya.

Musim cuti sekolah masih lagi berlangsung. Banyak jemputan walimah diterima dari sahabat-sahabat segenap pelusuk. Alhamdulillah, mabruk! Semoga dilimpahi rahmat dan barokah dari ALLAH.

Dalam kita bergembira, masih ramai yang berduka. Kecewa kerana belum dapat kerja. Kecewa kerana belum dapat jodoh. Kecewa kerana belum dikurniakan anak. Kecewa kerana belum dapat apa yang dicita-citakan.

Jangan begitu. ALLAH sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. Setiap perjalanan hidup kita, sentiasa disertakan dengan kejutan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Mungkin hari ini kita merasakan diri kurang bernasib baik dari orang lain, tapi siapa sangka, esok, kita bakal mendapat sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang kita impikan, lebih baik dari orang lain. :D ALLAH the best planner! Jangan sedih ya.

Letakkan ALLAH di hati, sentiasa. :D




Wassalam