Friday, February 18, 2011

"Inspiring Me".. to inspire you

Tanggal 15 Februari 2011 yang lalu, Nisa' Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program 'in-house training' yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Program yang bertemakan "Inspiring Me" ini bermatlamat untuk memperkasakan kemahiran komunikasi intrapersonal dan interpersonal diri. Turut diselitkan pengisian preview tentang 'Vision & Intent'.

Majlis dimulakan dengan iringan selawat ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. sempena memperingati hari kelahiran baginda. Seterusnya, majlis dikendalikan oleh Cik Mastura Mansor yang merupakan seorang jemputan dari Nisa' Malaysia. Antara input utama yang ingin disampaikan adalah tentang NLP (Neoro Linguistic Programming). NLP mencetuskan daya berfikir yang sama melalui interaksi saraf-saraf otak yang membuat penilaian dari pelbagai sudut dan komunikasi verbal serta non-verbal. Fasa pertama lebih cenderung menyedarkan hakikat sebenar potensi diri seseorang individu, manakala fasa kedua lebih cenderung mengajak audien bersikap yakin boleh untuk mencapai sesuatu melalui potensi diri yang dianugerahkan kepada mereka. Seterusnya, Cik Mastura menyentuh tentang deria (senses) yang ada pada seorang manusia iaitu visual, auditori, kinesthetic (perasaan), olfactory (bau), gastutory (rasa) dan audio digital (gerak hati). Apa yang menarik, pergerakan mata ketika berkomunikasi mampu menentukan kategori seseorang sama ada visual, auditori atau kinesthetic. Setiap kategori ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dari aspek gerak tubuh, percakapan, penyampaian, perkataan dan pernafasan.

Selain itu, beberapa konsep NLP turut dikongsi dalam membina rapport (hubungan baik) dengan seseorang. Antaranya, "matching and mirroring" yang membolehkan seseorang membina hubungan baik dengan individu yang berkomunikasi dengannya dari segi nada suara, fisiologi, pernafasan, bahasa minda, hatta nilai kepercayaan yang senada atau sama. Sekiranya rapport tercapai, apa yang ingin disampaikan akan mudah diterima dengan baik. Kemahiran ini menjadi satu kredit besar buat penggerak Nisa' yang menjadi penghubung generasi muda. hari ini. Justeru, minda, tubuh dan jiwa perlu bersedia untuk menerima sebarang mehnah dan tribulasi dalam berdakwah. Sebelum sesi ceramah Cik Mastura berakhir, audien dihidangkan dengan tayangan klip video Badar 313 hasil sentuhan beliau sendiri.

Program berehat seketika dengan solat Zuhur dan makan tengahari. Program disambung semula pada jam 3 petang oleh En. Fazrul Ismail, seorang pelatih dari Total Success Training & Consultancy. Beliau menyampaikan ceramahnya dengan melontarkan persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh audien. Antaranya, apakah tujuan hidup ini dan beberapa persoalan lain yang peserta sendiri tidak pernah menjangka akan diajukan kepada mereka. Kesemua persoalan ini telah dikupas bersama-sama mengikut aturan dan kehendak yang sebenarnya sesuai dengan susunan dalam maksud hadis dan ayat al-Quran. Majlis berakhir dalam pukul 5 petang. Kedua-dua jemputan memperoleh cenderamata yang disampaikan oleh pengarah program, Pn. Zurina Bte Din.

Rata-rata, ramai yang berpuas hati dengan mesej yang disampaikan. Semoga Nisa' dapat mengaplikasi kemahiran yang diperoleh sepanjang program berlangsung, khususnya dalam menyampaikan risalah ilmu dan dakwah. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat!

Monday, February 14, 2011

Selamat Hari Kekasih


SALAM MAULIDURRASUL daripada NISA` WILAYAH PERSEKUTUAN
Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Rasulullah S.A.W
“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad, pembuka bagi sesuatu yang terkunci, penyudah segala nabi yang terdahulu, pembela kebenaran dengan kebenaran dan petunjuk ke jalanMu yang lurus. Limpahkanlah juga rahmat ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya dengan kurniaan yang layak dengan kadar dan darjatnya yang agung.”