Friday, July 26, 2013
Memaknakan Ramadhan
Apa khabar sahabat sekalian? Moga sihat walafiat sentiasa hendaknya. :D
Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Memberi kesempatan untuk kita teruskan kehidupan di dunia ini. Semoga setiap hela nafas kita diredhaiNYA.
Hari ini, 17 Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu. Ramadhan yang kita nantikan 11 bulan yang lalu, bakal meninggalkan kita.
Bagaimana kita melalui Ramadhan kali ini? Ada peningkatan, atau masih di takuk yang sama? Tiada perubahan..
DI awal Ramadhan, orang berlumba ke masjid dan surau. Bersemangat untuk beribadah secara berjemaah. Sekarang, minggu-minggu terakhir Ramadhan, orang mula berlumba ke pasaraya, mencari kelengkapan menyambut raya pula. T_T
Allahu Allah.
Dikesempatan yang ada, Ramadhan yang masih berbaki lebih kurang 12 hari saja lagi, marilah kita manfaatkan ia dengan sebaiknya. Mungkin ia akan menjadi Ramadhan terakhir buat kita, siapa tahu.... Ramadhan, akan hadir setiap tahun, tapi natijahnya pasti berbeza.
Bersama kita memaknakannya!
Friday, June 7, 2013
Biar Gambar Berbicara 2
Monday, June 3, 2013
ALLAH sentiasa memberi peluang kepada kita. :)
Alhamdulillah, bersiaran lagi. :)
Apa khabar jasmani? Apa khabar rohani? Semoga dilindungi dan dirahmati ALLAH sentiasa hendaknya.
Musim cuti sekolah masih lagi berlangsung. Banyak jemputan walimah diterima dari sahabat-sahabat segenap pelusuk. Alhamdulillah, mabruk! Semoga dilimpahi rahmat dan barokah dari ALLAH.
Dalam kita bergembira, masih ramai yang berduka. Kecewa kerana belum dapat kerja. Kecewa kerana belum dapat jodoh. Kecewa kerana belum dikurniakan anak. Kecewa kerana belum dapat apa yang dicita-citakan.
Jangan begitu. ALLAH sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. Setiap perjalanan hidup kita, sentiasa disertakan dengan kejutan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Mungkin hari ini kita merasakan diri kurang bernasib baik dari orang lain, tapi siapa sangka, esok, kita bakal mendapat sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang kita impikan, lebih baik dari orang lain. :D ALLAH the best planner! Jangan sedih ya.
Letakkan ALLAH di hati, sentiasa. :D
Wassalam
Friday, May 31, 2013
Kembali Bersiaran :D
Monday, October 15, 2012
Doa Keluarga Bahagia :)
Friday, July 1, 2011
Rejab,Syaaban,Ramadhan..
Monday, June 27, 2011
Rejab is about to end..
But..
Thursday, October 28, 2010
Quantum Syukur
Semalam kami dihidangkan dengan suatu hidangan rohani yang cukup istimewa dan lazat. Rupanya penuh hikmah aturan Allah ini. Kehadiran Ustazah Nafisah sebagai naqibah cukup memberi makna buat semua Nisa' yang hadir. Manakan tidak, Ustazah merupakan figura yang sungguh penuh jadual hariannya dengan pelbagai aktiviti dakwah dan parti masih mampu untuk mencuri masa hadir bersama dalam program usrah ini. Lantas, timbul rasa berdosa pada diri andai masih bermain-main dan tidak focus kepada pengisian yang diberikan.
Tajuk Quantum Syukur menarik perhatian ku. Jarang sungguh perkataan Quantum itu didengari kini, apatah lagi setelah habis belajar Fizik. Dulu-dulu adalah jugak mendengar perkataan ini kan. "Hebat Ustazah ni guna term Fizik", terdetik dalam hati ku.
Quantum bermaksud The smallest amount of a physical quantity that can exist independently atau mudah bicaranya sekecil zarah yang boleh diukur. Signifikan tajuk Quantum syukur itu ialah Ustazah mahukan kita sama-sama dapat rasa dan ukur nilaian syukur kita. Bukan sekadar mengatakan "Aku telah bersyukur, Alhamdulillah" tetapi merasai getarannya dan dapat pulak diukur apakah itu sebenar-benar syukur.
Sungguh, jarang sekali diri ku menyelidik dalam diri sejauh mana sebenarnya aku bersyukur. Jarang sekali diri ku menikmati rasa bersyukur. Jadi apa yang ku peroleh semalam cukup menusuk hati, sungguh berkesan di hati, berbekas di jiwa. Ini yang rasa mahu dikongsi dengan sahabat-sahabat semua.
Sisipan Sirah Nabawi
Rasulullah s.a.w pernah berdoa pada Allah, " Ya Allah, jadikan aku dikalangan yang sedikit". Lalu ada seorang sahabat bertanya pada Rasulullah, " Ya Rasulullah, mengapa kamu mahu berada di kalangan yang sedikit?" Maka jawab Rasulullah, "Allah telah berfirman yang bermaksud Hanya sedikit hambaku yang bersyukur. Maka aku mahu menjadi yang sedikit itu"
Di situasi lain, Saidatina AIsyah bertanya kepada suaminya Rasulullah s.a.w "Ya Rasulullah, sedangkan dosa mu yang lalu telah diampunkan, dan yang datang akan diampunkan, mengapakah masih lagi kau bersusah-susah begini?" Saidatina AIsyah merasa kasihan melihat keadaan Rasulullah yang bengkak-bengkak kaki sujud kepada Allah di malam hari. Lalu baginda menjawab " Salahkah aku untuk menjadi hamba yang bersyukur"
Subhanallah, begitu sekali kasih sayang Rasulullah terhadap Allah.
Bagaimana dengan kita?
Bengkak dop kaki kita sebab sujud pada Allah?
Ke bengkak kaki sebab main netball or futsal?
.......
Nota : Kredit to Hani atas nukilan :)
Tuesday, October 27, 2009
Jalan-jalan Raya Nisa' WP
JJR NISA` WP kali ini membuka tirainya dengan berkunjung ke Putrajaya.Tahniah dan syabas kepada Nisa` Putrajaya kerana telah berjaya melaksanakan program ini walaupun baru beberapa bulan Nisa` Putrajaya ditubuhkan.Dan, kami dihidangkan dengan hidangan laksa penang, nasi himpit, kek coklat dan pelbagai jenis biskut dan kuih dirasai.Juadah yang dihidangkan bukanlah menjadi perkara utama, akan tetapi ikatan ukhuwah antara AJK-AJK Nisa` dapat dijalinkan supaya lebih utuh dan jitu.

Seterusnya, JJR diteruskan ke Rumah Kak Yana, yang merupakan AJK Unit Sukan dan Rekreasi (USR) Nisa` WP. Walaupun berbadan dua, Kak Yana masih sempat menyambut kami dengan menghidangkan dengan hidangan yang menyelerakan dan yang PALINH berharga adalah senyuman yang manis dan ikhlas dari tuan rumah.JJR NISA` WP ketiga pula bertandang ke Rumah Kak Siti di Sentul Timur.Kak Siti merupakan salah seorang AJK Nisa` WP dan juga AJK Nisa` Batu. Apa yang menarik adalah kami disajikan dengan Yong Tau Fu, yang jarang-jarang sekali menjadi menu Rumah Terbuka. Jika kita lihat dan renungkan sejenak, alangkah besarnya nikmat Allah kepada hambanya kerana pelbagai jenis makanan terdapat di muka bumi Allah ini.Macam- macam ada, macam-macam kita boleh nikmati, dan yang paling penting carilah yang halal.
Sesungguhnya hanya Allah S.W.T sahajalah yang dapat membalas jasa baik dan pengorbanan yang telah dilakukan.Akhir bicara, moga kita semua dapat merasai kemanisan berukhuwah kerana Allah S.W.T.Ukhuwah yang terjalin inilah yang bakal menyatu padukan kita dan menjadikan kita untuk terus bersemangat menjalankan kerja-kerja Islam khususnya di Kota Metropolitan yang begitu mencabar ini. Ukhuwah fillah abadan abada…
Penutup bicara, perkongsian kata-kata hikmah daripada Saidina Umar r.a :"Tidak ada suatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seorang insane selepas nikmat Islam selain teman yang soleh….Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia sungguh-sungguh".







