Tuesday, October 27, 2009

Jalan-jalan Raya Nisa' WP

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, program Jalan Jalan Raya Nisa` WP 2009 di sepanjang syawal telah berjalan dengan jayanya.Walaupun masing-masing mempunyai komitmen kerja dan program-program lain di hujung minggu, namun atas dasar ukhuwah kerana Allah, program ini berjaya memantapkan lagi ukhuwah antara Nisa` seluruh Wilayah Persekutuan. Memetik sepotong hadis daripada Rasulullah S.AW yang diriwayatkan oleh Tabrani, "Kasihanilah siapa yang di bumi supaya kamu akan dikasihi oleh siapa yang di langit". Ini menjelaskan bahawa pentingnya hubungan kasih sayang sesama manusia dalam mengecapi kebahagiaan hidup dan dalam mencari keredhaan Allah S.W.T. Nikmat Kasih sayang yang terjalin sesama manusia adalah merupakan salah satu rahmat yang besar, dikurniakan oleh Yang Maha Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hambaNya.

JJR NISA` WP kali ini membuka tirainya dengan berkunjung ke Putrajaya.Tahniah dan syabas kepada Nisa` Putrajaya kerana telah berjaya melaksanakan program ini walaupun baru beberapa bulan Nisa` Putrajaya ditubuhkan.Dan, kami dihidangkan dengan hidangan laksa penang, nasi himpit, kek coklat dan pelbagai jenis biskut dan kuih dirasai.Juadah yang dihidangkan bukanlah menjadi perkara utama, akan tetapi ikatan ukhuwah antara AJK-AJK Nisa` dapat dijalinkan supaya lebih utuh dan jitu.

Seterusnya, JJR diteruskan ke Rumah Kak Yana, yang merupakan AJK Unit Sukan dan Rekreasi (USR) Nisa` WP. Walaupun berbadan dua, Kak Yana masih sempat menyambut kami dengan menghidangkan dengan hidangan yang menyelerakan dan yang PALINH berharga adalah senyuman yang manis dan ikhlas dari tuan rumah.JJR NISA` WP ketiga pula bertandang ke Rumah Kak Siti di Sentul Timur.Kak Siti merupakan salah seorang AJK Nisa` WP dan juga AJK Nisa` Batu. Apa yang menarik adalah kami disajikan dengan Yong Tau Fu, yang jarang-jarang sekali menjadi menu Rumah Terbuka. Jika kita lihat dan renungkan sejenak, alangkah besarnya nikmat Allah kepada hambanya kerana pelbagai jenis makanan terdapat di muka bumi Allah ini.Macam- macam ada, macam-macam kita boleh nikmati, dan yang paling penting carilah yang halal.
Dalam merealisasikan JJR NISA` WP, Nisa` Bandar Tun Razak pula mengadakan Jamuan Raya pada 16 Oktober .Alhamdulillah, dapatlah kami berkenalan dengan lebih dekat AJK-AJK Nisa` Bandar Tun Razak.Kami juga terkejut dengan puluhan pelajar yang hadir bertandang, dan rupanya pelajar-pelajar tersebut merupakan anak murid kepada Ketua Nisa` BTR, iaitu Cikgu A`isyah.Suasana riang ria raya kami rasai di sini. Penutup tirai JJR NISA` WP pada kali ini bertandang ke Jamuan Raya Nisa` Wangsa Maju. Jamuan yang diadakan pada 21 Oktober baru-baru ini telah berjaya menggamit lebih kurang 80 orang pengunjung.AJK- AJK Nisa` dari pelbagai kawasan menyerikan jamuan tersebut. Jamuan tersebut juga sempena meraikan salah seorang AJK Nisa` Wangsa Maju yang akan berpindah ke Terengganu.Moga selepas ini, saudari Rusyi dapat menyambung amanah dan berkhidmat dengan Nisa` Terengganu.Insyaallah.
Begitulah serba sedikit coretan mengenai program Jalan-Jalan Raya NISA` WP 2009 yang telah berjaya dilaksanakan dengan izin Allah S.W.T.Allah Ya Muqtadir, Allah Yang Maha Menentukan.Menentuk an segala sesuatu berlaku..Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Sesungguhnya hanya Allah S.W.T sahajalah yang dapat membalas jasa baik dan pengorbanan yang telah dilakukan.Akhir bicara, moga kita semua dapat merasai kemanisan berukhuwah kerana Allah S.W.T.Ukhuwah yang terjalin inilah yang bakal menyatu padukan kita dan menjadikan kita untuk terus bersemangat menjalankan kerja-kerja Islam khususnya di Kota Metropolitan yang begitu mencabar ini. Ukhuwah fillah abadan abada…

Penutup bicara, perkongsian kata-kata hikmah daripada Saidina Umar r.a :

"Tidak ada suatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seorang insane selepas nikmat Islam selain teman yang soleh….Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia sungguh-sungguh".

No comments: