Monday, June 25, 2007

"PECUTAN PEPERIKSAAN, MUNAJAT KEJAYAAN"

"PECUTAN PEPERIKSAAN, MUNAJAT KEJAYAAN"
Persediaan akhir pelajar UPSR, PMR & SPM

Bersama Para Motivator
Sdr. Fazli Yusof (Pakar Motivasi)
Ust. Mohd Zamri Mohd Zainuldin (Host "Mari Mengaji" TV9)

pada
8 Julai 2007 (Ahad)
8.00 pagi hingga 2.00 petang

di
Dewan Seminar Masjid Asy-Syakirin KLCC
Yuran
RM 20.00
*Makanan disediakan

Hubungi wakil-wakil kami di kawasan berikut :-
Segambut - 0192042010, Batu - 0196039178, Bandar Tun Razak - 0196732037, Wangsa Maju - 0192649508, Titiwangsa - 0192313176, Kepong - 0132091108

ANTARA CINTA & IMAN... SAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN..


24 Jun 2007 - Dengan membawa tajuk Antara Cinta & Iman, Talkshow Nisa’ yang dianjurkan oleh Nisa' Wilayah Persekutuan untuk kali ke-3 mendapat sambutan hebat daripada orang ramai. Panggilan yg bertalu-talu daripada peserta yang berminat untuk hadir sebelum hari talkshow, memaksa pihak penganjur mengubah susun atur dewan, dengan meminta peserta duduk bersila.

Istimewanya kali ini, peserta yg turut meraikan talkshow ini terdiri dikalangan peserta lelaki yg hadir membawa keluarga bersama-sama. Antara Cinta & Iman menceritakan tentang realiti masyarakat masa kini yang semakin hilang jati diri, lebih mencintai dunia dan akhirnya terjerumus ke lembah kehinaan sehingga sanggup menggadai aqidah hasil kejahilan tentang pegangan agama yang digenggam selama ini.

Dalam sessi soal jawab, peserta mengambil kesempatan bertanyakan soalan. Ada antara peserta yang berkongsi pengalaman tentang senario masyarakat Islam yang tidak peka dengan kehadiran saudara baru dalam komuniti Islam, tidak meraikan saudara baru dan membangkitkan sikap (akhlak) sesetengah orang Melayu Islam yang bersikap tidak selari dengan apa yg diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.

Hasil daripada borang penilaian yang diedarkan kepada penonton dalam Talkshow Antara Cinta & Iman, rata-rata mereka berpuas hati dan mengharapkan usaha ini diteruskan. Walaubagaimanapun, NISA'WP ingin memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang program. NISA'WP juga menghargai sambutan yang diberikan oleh penonton yang baru menyertai talkshow ini, terutama sekali pengikut setia Talkshow Nisa'. Jangan lupa dapatkan VCD rakaman Talkshow Nisa': Antara Cinta & Iman yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. NISA'WP bawakan eksklusif untuk anda..."KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA"

Tuesday, June 19, 2007

TALKSHOW NISA': KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA...

Jom ramai-ramai penuhkan Dewan Seminar, Masjid KLCC
pada
24 Jun 2007
jam
9pg - 12tghr
Nisa'WP
bawakan khas untuk anda...
TALKSHOW NISA'
kali ini dengan tajuk...
ANTARA CINTA & IMAN...
menampilkan...
Ustaz Ridhuan Md Noor
(Pengerusi FRONT BERTINDAK ANTI MURTAD - FORKAD)
HUBUNGI : 0192313176, 0132091108, 0192050319
Note: Muslimin & Muslimat dijemput hadir...
Makanan disediakan

Friday, June 15, 2007

TALKSHOW NISA' SIRI KE-3

Talkshow Nisa' siri ke-3 bakal menemui orang ramai pada 24 Jun 2007. Siri sebelum ini menampilkan Ustazah Teh Izanuri yang menyampaikan topik berkenaan solat. Mengikut perancangan, siri SEMPURNAKAN SOLATMU dijadualkan disambung perbincangannya dalam Talkshow siri ke-3 ini. Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sambungan SEMPURNAKAN SOLATMU terpaksa ditangguh ke bulan Julai nanti.
Bagi menggantikan slot ustazah Teh, NISA' WP membawakan satu topik baru yang lebih hangat untuk dibincangkan pada talkshow kali ini. NISA'WP bakal menampilkan penceramah yang tidak asing lagi, Ustaz Riduan Md Noor, seorang penceramah yang berpengalaman luas dalam mengupas isu gejala sosial khususnya murtad yang melanda umat Islam dewasa ini. Ada sesuatu yang terkini akan dikongsi bersama anda semua. Oleh itu jangan ketinggalan, datanglah beramai-ramai ke Masjid KLCC pada 24 Jun 2007, jam 9.00 pagi. Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Hubungi: 0192050319, 0133095548. Tempat terhad. Jamuan disediakan.

Monday, June 11, 2007

PENGUMUMAN: KELAS TEORI BOLA TAMPAR

KELAS TEORI BOLA TAMPAR NISA'WP
Tarikh : 12 Jun 2007
Masa : 8 malam
Tempat : No. 154 Jalan Ikhlas,
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Hubungi Segera : Nurul 0122585085, Marliana 0196494659
Makanan disediakan....

Sunday, June 10, 2007

NISA'WP AKUR KEHEBATAN ATM


9 Jun 2007 - Bertempat di Gelanggang Bola Tampar, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur, buat julung kalinya, satu perlawanan persahabatan berlangsung menemukan pasukan Bola Tampar Nisa'WP dengan pasukan Bola Tampar Tentera Darat Malaysia (ATM). Perlawanan yang berlangsung selama satu setengah jam itu, menyaksikan pasukan ATM memenangi keseluruhan 5 set perlawanan.
Walaubagaimanapun, pasukan Nisa'WP menunjukkan peningkatan yang baik dalam permainan dengan memberi tentangan dalam setiap set. Pasukan Nisa'WP melalui Kelab Bola Tampar Nisa'WP menjalani sessi latihan selama sebulan sebelum bertemu ATM dalam perlawanan persahabatan ini.
Menurut Jurulatih Kelab Bola Tampar Nisa'WP, Sarjan Faridah, beliau berpuas hati dengan prestasi pemain Nisa'WP untuk fasa pertama ini dan berharap prestasi pasukannya akan bertambah baik. Beberapa perlawanan persahabatan dijangka akan diatur bagi menguji tahap prestasi pasukan bola tampar Nisa'WP. -myNisaKL