Thursday, May 28, 2009

Friendly Match Badminton - 23 Mei


Salam semua,

Alhamdulillah, pada 23 mei yg lepas telah berlangsung perlawanan persahabatan antara Nisa’ WP dan Muslimat USJ bertempat di Dewan MBSA Seksyen 28, Shah Alam.. Perlawanan bermula pada jam 9 pagi dengan 5 beregu diturunkan. Nisa’ mencatat kemenangan pertama dalam beregu yg pertama dan ketiga. Memandangkan pasukan lawan juga agak mantap dari segi teknik dan strategi bermain, Nisa’ tewas dalam beregu ke 2, 3 dan ke 5. Keputusan perlawanan berpihak kepada muslimat USJ dengan mata 3-2. Walau bagaimanapun, ke dua-dua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang baik. Muslimat Usj selaku tuan rumah telah menyediakan juadah bagi kontinjen kami.

Sekalung terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan program kecil ini. Semoga di masa akan datang perlawanan sebegini dapat dianjurkan bagi membina ukhwah dan memantapkan kemahiran dalam pasukan, insya Allah ~

*updated: Maaf tersilap upload gambar~kesilapan teknikal..hehe

Badminton pon ada..macam2 ada


Tuesday, May 26, 2009

Volleyball @ Tmn Tasik Titiwangsa!

(click for larger view)

Datang jangan tak datang ok!

Friday, May 22, 2009

Wednesday, May 13, 2009

Eksklusif Untuk Wanita - Siri 6

Jumpa di sana!

Monday, May 4, 2009

Happy `BESAR' day!!

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada


NAZIRAH NAMASI 7 MEI
SOLEHAH BORHAN NAGIM 8 MEI
FAZILAH BT HUSSAIN 9 MEI
HAZLIANA ZAIDI 9 MEI
RAHIMAH AB RAHIM 12 MEI
NORSHABILA DAHARI 13 MEI
sakinah ahmad akhri 13 mei
OMEI AYUNI ZAKARIA 14 MEI
NOR NAIMAH ISMAIL 14 MEI
Siti Zaharah Apar 16 MEI
Raoudha Mohd Noor 17 MEI
Adilla Mohd Asral 18 MEI
Nur Afiza Aziz 18 MEI
SHAMSIAH BINTI HUSIN 18 MEI
Nur'Izzati Idris 18 MEI
MARLINA ABU SAMAH 20 MEI
NORIZAN ABDUL KADIR 20 MEI
Elmiyana Hasni 21 MEI
Suziani Seman 22 MEI
AINON MOHD YACOB 22 MEI
MASNI MD SAAD 23 MEI
Mazrina Hani Mansor 23 MEI
NABILAH MOHD KAMAL 3 MEI
Mashitoh Abdul Hamid 5 MEI
NUR ATIKAH AL-BAKRI IBRAHIM 6 MEI
AIDA ROHANI ALI 6 MEI
SHIREYANA MOHD IRWAN KUAN 7 MEI
Noor Ainie Abd Majid 30 MEI

semoga dimurahkan rezeki dan dalam rahmat-Nya, ameen.. :)

Sunday, May 3, 2009

Nisa Indoor Games 2009



Buat julung kalinya Nisa' telah menganjurkan Nisa' Indoor games ataupun permainan rakyat melayu yang dikelolakan oleh Nisa' Msia. Bertempat di Dewan Jubli perak, Bangunan Sultan Sultan Abdul Aziz, shah Alam pada 25 april 2009 bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Sebanyak 14 buah negeri telah mengambil bahagian.Nisa' WP telah menghantar 35 kontijen untuk mengambil bahagaian. 30 antaranya merupakan peserta setiap permainan yang dipertandingkan. Majlis telah dimulai dengan perbarisan negeri-negeri. Terdapat juga neger-negeri yang kreatif telah membawa beberapa sepanduk, bendera,alat-alat tradisional untuk menyerikan lagi perbarisan mereka. .

Bertemakan tagline 'MERINTIS PERUBAHAN', Kontijen WP tampil simple dan anggun dengan memakai selempang yang bertulis NISA WILAYAH di samping tshirt rasmi berwarna ungu dan tudung ungu. Gimik perasmian yang agak unik di mana, seramai 30 org ajk berlakon menjadi buah catur yg diwakili oleh johan catur kana-kanak malayisa iaitu adik Nurnabila di mana beliau telah dipilih sebagai Ikon bagi Nisa' Indoor Games ini.Seterusnya ucapan persamian oleh Pengarah Nisa' Msia danm sedikit kata-kata motivasi oleh beliau. Rata-rata peserta begitu bersemangat dan tidak sabar utk memulakan pertandingan. Lebih kurang jam 10.30 pagi permainan bermula secara serentak .Antara pertandingan yang dipertandingan ialah Batu seremban,Catur, congkak,carom, ceper.,Dart,Dam Haji dan Dam Ular, Setiap permainan di bahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori remaja (15-25thn) dan kategori umum (26-40thn). Terdapat juga kategori walk in di mana setiap individu dibenarkan bermain semua permainan dengan bayaran RM 5.

Permainan berlangsung dengan lancar dan dihentikan seketika untuk rehat dan solat dan solat pada jam 1.30 tengahari dan disambung pada jam 2.30 petang. Sesi petang menyaksikan acara-acara semi final dan final. Alhamdulillah, pasukan Dart bagi 2 kategori ini berjaya ke final. Satu kebetulan juga lawan mereka adalah team dari kedah. Bagi kategori remaja, mereka tewas dan menjadi naib johan, manakala kategori umum, menang tipis dan menjadi johan. Bagi kategori congkak, peserta WP mendapat naib johan dan dalam acara Dam Ular WP mendapat johan. Satu pencapaian yang agak baik, kerana rata-rata setiap negeri memberi tentangan yang hebat.

Majlis penutup menjadi kemuncak acara yang dirasmikan oleh Dr Halimah, Exco Selangor. Pastinya Nisa' Indoor Game menjadi kenanagan yang indah buat peserta yang menyertainya, kerana mempunyai kelainan dan kemeriahannya yang tersendiri. Nisa' WP mengucapkan tahniah kepada yang menang dan kepada yang tidak menang, semangat juang yang ditunjukkan amat dihargai. Tidak lupa terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan NIG ini secara langsung atau tidak langsung.