Thursday, October 28, 2010

Quantum Syukur

Alhamdulillah, Allah meringankan batang tubuh ku untuk hadir ke Usrah Gabungan Nisa' Wilayah semalam. Walaupun sejujurnya merasa sungguh penat dek kerana kerja tetapi menjadi begitu teruja melihat semangat Nisa' yang lain. Terus dipasangkan niat untuk grab sebanyak mungkin ilmu malam itu dan seterusnya mengamalkan dan menyampaikan.

Semalam kami dihidangkan dengan suatu hidangan rohani yang cukup istimewa dan lazat. Rupanya penuh hikmah aturan Allah ini. Kehadiran Ustazah Nafisah sebagai naqibah cukup memberi makna buat semua Nisa' yang hadir. Manakan tidak, Ustazah merupakan figura yang sungguh penuh jadual hariannya dengan pelbagai aktiviti dakwah dan parti masih mampu untuk mencuri masa hadir bersama dalam program usrah ini. Lantas, timbul rasa berdosa pada diri andai masih bermain-main dan tidak focus kepada pengisian yang diberikan.

Tajuk Quantum Syukur menarik perhatian ku. Jarang sungguh perkataan Quantum itu didengari kini, apatah lagi setelah habis belajar Fizik. Dulu-dulu adalah jugak mendengar perkataan ini kan. "Hebat Ustazah ni guna term Fizik", terdetik dalam hati ku.

Quantum bermaksud The smallest amount of a physical quantity that can exist independently atau mudah bicaranya sekecil zarah yang boleh diukur. Signifikan tajuk Quantum syukur itu ialah Ustazah mahukan kita sama-sama dapat rasa dan ukur nilaian syukur kita. Bukan sekadar mengatakan "Aku telah bersyukur, Alhamdulillah" tetapi merasai getarannya dan dapat pulak diukur apakah itu sebenar-benar syukur.

Sungguh, jarang sekali diri ku menyelidik dalam diri sejauh mana sebenarnya aku bersyukur. Jarang sekali diri ku menikmati rasa bersyukur. Jadi apa yang ku peroleh semalam cukup menusuk hati, sungguh berkesan di hati, berbekas di jiwa. Ini yang rasa mahu dikongsi dengan sahabat-sahabat semua.

Sisipan Sirah Nabawi

Rasulullah s.a.w pernah berdoa pada Allah, " Ya Allah, jadikan aku dikalangan yang sedikit". Lalu ada seorang sahabat bertanya pada Rasulullah, " Ya Rasulullah, mengapa kamu mahu berada di kalangan yang sedikit?" Maka jawab Rasulullah, "Allah telah berfirman yang bermaksud Hanya sedikit hambaku yang bersyukur. Maka aku mahu menjadi yang sedikit itu"

Di situasi lain, Saidatina AIsyah bertanya kepada suaminya Rasulullah s.a.w "Ya Rasulullah, sedangkan dosa mu yang lalu telah diampunkan, dan yang datang akan diampunkan, mengapakah masih lagi kau bersusah-susah begini?" Saidatina AIsyah merasa kasihan melihat keadaan Rasulullah yang bengkak-bengkak kaki sujud kepada Allah di malam hari. Lalu baginda menjawab " Salahkah aku untuk menjadi hamba yang bersyukur"

Subhanallah, begitu sekali kasih sayang Rasulullah terhadap Allah.

Bagaimana dengan kita?

Bengkak dop kaki kita sebab sujud pada Allah?

Ke bengkak kaki sebab main netball or futsal?

.......

Nota : Kredit to Hani atas nukilan :)

No comments: