Wednesday, April 21, 2010

Hujung minggu menilai Setitis Susu Ibu


Pada 18 april 2010 bertempat di Masjid Usamah bin Zaid,Wangsa Maju telah berlangsung Talkshow Nisa WP untuk kesekian kalinya yang bertajuk "Nilai Setitis Susu Ibu".Talkshow kali ini sangat istimewa, bukan sahaja kerana tajuknya yang unik malah turut menampilkan pakar laktasi yang kecil molek dan tidak asing lagi,Pn Rita Rahayu bersama kolumnis majalah Muslimah, ustazah Teh Izanuri.

Program dimulakan dengan slot oleh ustazah Teh yang banyak mengupas tentang hukum-hukum yang terlibat tentang ibu dan penyusuan bayi.Antara hukum yang dikupas adalah wanita hamil yang terus menyusukan anak, hukumnya makruh kerana kehamilan tersebut ada kesan terhadap susu ibu. Antara lain yang sering menjadi kemuyskilan ibu-ibu zaman sekarang, bolehkah menyusukan anak di khalayak ramai? Sekiranya tanpa sebarang `cover', memang tidak boleh kerana aurat ibu sebagai wanita di kalangan mahram. Jadi, jangan lupa bawa nursing cover kemana-mana untuk menyusukan anak ya! Banyak lagi ilmu-ilmu bermanfaat dan menarik yang dikongsikan oleh Ustazah yang turut menjadi iktibar kepada para hadirin pagi itu.


Seterusnya Pn Rita mengambil alih sebagai speaker kedua. Yang menariknya, presentation slides Puan Rita berbahasa Inggeris tetapi beliau menerangkan dalam bahasa Melayu untuk memberi pemahaman yang lebih jelas kepada para hadirin. Sangat banyak ilmu yang dikongsi ditambah dengan cara penyampaian Pn Rita yang bersahaja, siap dengan demo lagi! Antaranya, beliau memaparkan fakta saintifik betapa lebih banyak khasiat susu ibu berbanding susu formula selain perbandingan molekul setitis susu ibu dengan susu formula di bawah mikroskop.

Sesekali Pn Rita menyelang ceramahnya dengan membuat demo menggunakan props yang dibawa seperti belon dan anak patung. Antara demo yang dilakukan adalah cara memerah susu ibu menggunakan tangan dan juga bagaimana menyusukan bayi menggunaka n cawan. Rata-rata hadirin kagum kerana selama ini mereka merasakan memerah susu menggunakan tangan dan menyusukan bayi menggunakan cawan adalah susah! Di samping itu, Pn Rita turut menerangkan pelbagai tips dan fakta yang menakjubkan dan antara yang paling tak dapat dilupakan adalah, "baby is the most effective pump -70percent more efficient than any brands!"

Program berakhir dengan sesi soal jawab yang mendapat sambutan hangat dari para hadirin sebelum majlis bersurai pada jam satu tengah hari. Di sini pihak Nisa' Wilayah ingin merakan jutaan terima kasih kepada para speaker kami,Puan Rita Rahayu dan Ustazah Teh Izanuri yang sudi menjayakan program kami pada kali ini. Juga tidak dilupakan para hadirin yang tidak berganjak sehingga program selesai..

terima kasih daun keladi, di program lain jumpa lagi !

No comments: