Wednesday, April 23, 2008

JAWATAN KOSONG

LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)

JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Jawatan : PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred S27
P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26

SYARAT LANTIKAN

a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c. Diploma dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
d. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

a. Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang Felda 1 Pindaan 1/2003 yang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia, Wisma Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur atau melayari laman wab www.felda.net.my.
b. Calon-calon yang ingin memohon borang permohonan melalui pos mestilah menyertakan sampul surat berukuran 32 sm x 22 sm yang beralamat sendiri dan mempunyai setem 50 sen.
c. Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan, Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.
d. Semua permohonan hendaklah disertakan bersama salinan Kad Pengenalan, Sijil serta lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport hendaklah dihantar kepada:-

PENGARAH SUMBER MANUSIA
WISMA FELDA
JALAN PERUMAHAN GURNEY
54000 KUALA LUMPUR

Tarikh tutup permohonan : 25 April 2008
Tel : 03-26935066 samb. 354

CATATAN

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

http://www.felda.net.my/felda/iklan/PPHEI.pdf
http://www.felda.net.my/felda/jwtn/brgfld.pdf

No comments: