Wednesday, April 16, 2008

Istimewa untuk anda....

Assalamualaikum. ..
Salam kejayaan dari Unit Kerjaya Nisa'WP. Istimewa buat ahli Nisa' WP, Unit Kerjaya Nisa'WP ingin berkongsi maklumat dengan anda sekalian khususnya mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan.

Anda tidak perlu bersusah payah memerah otak bagaimana hendak menyediakan kertas kerja perniagaan yang baik. Kini sebuah buku lengkap bertajuk ANEKA CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN boleh didapati di www.books.perintis. com.my. Buku ini dan lain-lain buku terbitan Perintis Books Sdn. Bhd. juga boleh dibeli di kedai-kedai buku terpilih sekitar Kuala Lumpur. Semoga maklumat ini dapat membantu sedikit sebanyak ahli-ahli Nisa'WP dalam memulakan langkah yang penuh mencabar ini. Ingat!! Dalam perniagaan.. .."High Risk, High Return..." Walau apa pun matlamat anda, jangan lupa matlamat untuk mencapai mardhatillah. .. InsyaAllah, rezeki berkat, hidup selamat... Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya...!! Berikut, merupakan intisari kandungan buku tersebut...


Pendahuluan

Perkembangan semasa dunia hari ini telah melahirkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang semakin hari semakin mendapat permintaan ramai. Tambahan lagi jika perniagaan tersebut merupakan sesuatu perniagaan yang baru dan memberikan kemudahan atau kepentingan kepada pengguna. Justeru, anda dapat lihat betapa banyaknya daripada kita yang berkobar-kobar untuk memulakan perniagaan tanpa menyedari bahawa sebenarnya telah memulakan langkah yang salah, iaitu dengan tidak menyediakan pelan tindakan perniagaan yang seharusnya menjadi garis panduan untuk mencapai kejayaan. Titik mula untuk menjalankan perniagaan dikira setelah anda mencetuskan idea dan keinginan untuk berniaga. Seterusnya, langkah-langkah untuk ke hadapan dirancang termasuklah faktor kewangan (modal), pembelian aset, strategi pemasaran dan janaan hasil pendapatan.

Soalnya, bagaimanakah anda hendak memulakan semua itu? Apakah garis panduan yang harus diikuti agar perancangan memulakan perniagaan itu tercapai? Walaupun anda mengetahui perkara yang bakal dilaksanakan, kadang-kadang anda buntu cara untuk menyediakan satu kaedah perancangan yang teratur melalui pembentangan kertas kerja perniagaan.

Perkara inilah yang menyebabkan sesetengah permohonan pinjaman perniagaan tidak berjaya dan cadangan perniagaan tidak diterima. Kaedah pembentangan dan penyusunan isi kandungan kertas kerja haruslah jelas dan mudah difahami. Objektif, strategi pelaksanaan dan implikasi kewangan merupakan faktor penting dalam melihat sama ada sesuatu perniagaan itu mendatangkan keuntungan atau tidak jika perniagaan tersebut beroperasi. Selain itu, jangka masa membuat sesuatu kertas kerja dan pelan perniagaan kebiasaannya adalah singkat. Anda semestinya akan mengambil masa yang panjang jika tidak tahu cara untuk memulakannya.

Justeru, buku ini bertujuan untuk memberikan panduan dan idea kepada anda di luar sana tentang cara untuk menulis dan menyediakan kertas kerja dan pelan perniagaan yang baik, efektif serta disaluti dengan isi kandungan yang sesuai. Terdapat empat bahagian dalam buku ini, iaitu
Bahagian 1 - Panduan utama penulisan
Bahagian 2 - Penyediaan kandungan dokumentasi
Bahagian 3 - Contoh kertas kerja dan pelan perniagaan
Bahagian 4 - Contoh profil syarikat

Dalam Bahagian 1, penekanan diberi kepada panduan utama untuk menghasilkan kertas kerja dan pelan perniagaan yang efektif dan menarik perhatian pembaca. Hal ini termasuklah cara dan kaedah sesuatu penulisan itu dibentangkan. Sering kali kebanyakan kertas kerja tidak begitu berkesan disebabkan kaedah penulisan yang lemah.

Dalam Bahagian 2, diberikan semua tajuk utama isi kandungan yang perlu ada dalam penghasilan kertas kerja mengikut susunan. Diterangkan serba sedikit kandungan yang perlu ada di bawah tajuk-tajuk tersebut.

Dalam Bahagian 3, dimuatkan 10 contoh kertas kerja dan pelan perniagaan agar anda mendapat gambaran kasar cara kertas kerja dan pelan perniagaan dipersembahkan mengikut jenis perniagaan yang bakal diusahakan.

Akhir sekali, dalam Bahagian 4 disertakan contoh profil syarikat bagi kemudahan anda sebagai panduan membuatnya.

Kandungan

Pendahuluan

BAHAGIAN 1:
Panduan Utama Penulisan
i. Penjelasan Objektif
ii. Keutamaan Komunikasi
iii. Kesalahan Tatabahasa
iv. Penggunaan Ayat
v. Menulis Berdasarkan Bacaan Umum
vi. Elemen Paparan/Grafik
vii. Kaedah Pembentangan Penulisan
viii. Tajuk dan Muka Surat yang Jelas
ix. Penyusunan Agenda Pembentangan
x. Pengakhiran Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan

BAHAGIAN 2:
Penyediaan Kandungan Dokumentasi
i. Ringkasan Eksekutif/Pelan
ii. Isi Kandungan
iii. Pengenalan/Pendahul uan
iv. Butiran Perkhidmatan/ Perniagaan
v. Isu Semasa/Situasi Masa Ini
vi. Konsep Pelaksanaan
vii. Strategi Pemasaran/Operasi/ Pelaksanaan
viii. Kaedah Implementasi
ix. Implikasi Kewangan
x. Janaan Pendapatan
xi. Kajian Sasaran dan Persaingan
xii. Langkah Seterusnya
xiii. Jadual Pelaksanaan
xiv. Kesimpulan
xv. Penutup
xvi. Apendiks/Lampiran

BAHAGIAN 3:
Contoh Pelan Perniagaan
1. Perkhidmatan Dobi
2. Perkhidmatan Katering
3. Perkhidmatan Mencuci
4. Perkhidmatan ‘Terminal’ Sekolah Memandu Kenderaan
5. Perkhidmatan Dandanan Rambut/Salon
6. Perniagaan Produk Perkahwinan
7. Perniagaan Kafe Berinternet
8. Perniagaan dalam Internet
9. Perniagaan Penternakan
10. Perniagaan Percetakan

BAHAGIAN 4:
Contoh Profil Syarikat
1. Contoh Profil Syarikat 1: Esquire Technology
2. Contoh Profil Syarikat 2: Penerbitan Pertiwi

No comments: