Monday, October 15, 2007

UKJ~Nisa'WP... Tips Perniagaan

Assalamualaikum...
Buat ahli Nisa'WP & pembaca setia blog Nisa'WP yg dikasihi sekalian.
Setiap kita mempunyai impian kerjaya masing2. Perlukan jaminan & keselesaan? Jabatan kerajaan menjadi pilihan. Sukakan cabaran & dunia korporat? Sektor swasta menjanjikan semua itu. Dunia pendidikan & suka melayan kerenah anak-anak? Mungkin sektor pendidikan menjadi halatujunya. Dan bagi mereka yang gemar suka mengimplementasi idea sendiri dengan cara sendiri... mungkin bekerja @ lebih tepat lagi menjadi USAHAWAN adalah cara terbaik.
Ada diantara kita yang sangat teruja untuk mengimplementasi idea kreatif yang ada didalam kepala masing2. Namun, segala-galanya seakan-akan tersekat disebabkan kekangan dan persoalan yang dihadapi. Mungkin ianya berkisar persoalan Modal, Persaingan, Pemasaran dan sebagainya. Jangan risau!! Semuanya itu ada jalan keluarnya. UKJ Nisa'WP akan berkongsi tips perniagaan yang diambil daripada usahawan terkenal yang terbukti kejayaan mereka. Selepas mempelajarinya daripada tokoh-tokoh yang berjaya ini, InsyaAllah anda boleh mulakan dengan usaha dan tidak lupa panjatkan DOA selalu kepadaNya..
Ok..tips pertama.... Skema Perancangan
“If I had nine hours to cut down a tree, I would spend six hours sharpening my axe!” ~Abraham Lincoln
“Before everything else, getting ready is the secret of success” ~ Henry Ford
“When schemes are laid in advance, it is surprising how often circumstances fit in with them” ~Sir William Olser
Berhenti seketika, anda sering membaca Tip Satu Minit, tetapi adakah anda melakukan perkara yang paling penting sekali dalam mencapai kejayaan?
Di hadapan meja kerja saya ada sekeping kertas yang mengandungi segala perancangan saya tahun ini - berapa product baru yang akan dicipta, berapa kursus baru yang akan dijalankan, peluang perniagaan industri lain, pelan mengembangkan syarikat dan sebagainya.
Satu skema perancangan telah dirancangkan sejak awal lagi, dan setiap hari, saya akan berusaha mencapai segalanya.
Ambil sekeping kertas, dan sediakan skema perancangan anda untuk tahun ini. Siapa yang belum melakukan latihan ini, adalah dalam kerugian!
ps: Bagi mereka yang tidak tahu melakukan skema perancangan, ini adalah contoh gambarajah skema tersebut. Seperti flow chart sahaja.
layari http://www.irfankhairi.com/ untuk tips selanjutnya.
Selamat Berjaya!!! You Can Do It!!!

No comments: