Showing posts with label walimah. Show all posts
Showing posts with label walimah. Show all posts

Monday, March 1, 2010

Salam Barakah Buatmu..

Salam Barakah dan tahniah buat Ukhti Siti, AJK UKS Nisa` WP yang telah bergelar seorang isteri pada ulang tahun kelahiran Nabi, 12 Rabiul Awal, 26hb 2 baru-baru ini.

Team Nisa` WP mendoakan moga Ukhti Siti & Akhi Firdaus mendapat barakah dan maghfirah dari Allah S.W.T.Semoga Ukhti Siti terus istiqamah bersama perjuangan Islam dan seterusnya menjadi isteri yang solehah serta ibu yang mithali. "Ke Arah Membina Sebuah Keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah"
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w apabila memberi tahniah kepada orang yang berkahwin, baginda mengucapkan doa ini (Sunan Abi Daud)
DOA BUAT PENGANTIN :
"Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta mengumpulkan kedua kamu dalam kebaikan"


Tuesday, February 17, 2009

Walimah Pn Saadah Musa pada 24/1/09

Alhamdulillah pada 24 Januari 2009, wakil nisa wp telah sampai ke Majlis WalimahSdri Nor Saadah dgn pasangan, Walid Mohd Sanid. Team konvoi Nisa' yang datang dengan 2 kereta memulakan perjalanan se awal 10.30pagi dari Kuala Lumpur dengan wajah keceriaan masing2 dan berbaju ungu semuanya. Sememangnya nisa pasti mengenakan tema warna ungu jika datang bertandang ke rumah pengantin dan juga dalam setiap aktiviti.

Memandangkan tarikh tersebut adalalah cuti tahun baru china, keadaan jalanraya agak sesak. Perjalanan yang biasanya memakan masa 3jam menjadi 5 jam, kerana kami tiba di rumah pengantin pada jam 3.30 petang dengan wajah agak keletihan dan kelaparan.hehe, maklumla perjalanan yg panjang dan semuanya mengosongkan perut untuk santap di rumah pengantin.


Namun kami ceria semula bila disambut oleh kakak pengantin, iaitu kak chik dengan wajah terharu yang kami berjaya sampai, walaupun agak sesat sedikit, maklum la co-pilot pun boleh lost track. Selesai bersalam dan menyampaikan hadiah kami dijemput menjamu selera. Erm, memang menyelerakan laun-lauk yang ada.Slepas memnuhkan perut masing2 kami bergambar sakan dengan pengantin dan juga pelamin seperti rumah sendiri pulak. Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang.


Dalam perjalanan pulang seorang ahli Nisa' dimaklumkan bahawa 1 kereta yg dalam perjalanan ke rumah Saadah terpaksa berpatah balik ke KL berikutan jalan yang sesak. Syukurla kami dipilih Allah untuk sampai di bumi N9. Apapun, kami doakan pengantin dimurahkan rezeki, beroleh keberkatan dan dikurniakan zuriat soleh-solehah.

Diatas nama cinta,Pada yang selayaknya,Kunafikan yang fana,Moga dalam hitungan,Setiap pengorbanan,Agar disuluh cahaya redha-Nya..