Wednesday, September 1, 2010

Sumbangan kecil anda amat bermakna..

Dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh bermakna ini, sekali lagi Yayasan Amal Malaysia dan Nisa' Wilayah Persekutuan ingin melancarkan tabung Nisa' Small Kindness (NSK) untuk membantu fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal di sekitar Kuala Lumpur. Sumbangan anda amat dialu-alukan dan boleh diberi melalui pelbagai bentuk daripada barang kegunaan harian, perabot, alat2 pendidikan serta wang ringgit untuk meringankan beban mereka.
Hakikatnya, walaupun hidup di tengah kota metropolitan yang serba canggih dan mewah ini, masih ramai golongan yang kurang bernasib baik dan tidak terbela terutama di kawasan2 flat dan rumah-rumah kos rendah sekitar Kuala Lumpur. Anda semua adalah dijemput untuk menyertai team kami dalam misi membahagikan sumbangan yang berjaya dikumpul kepada keluarga yang dikenal pasti untuk menyelami sendiri kehidupan mereka yang serba sederhana.
Sekiranya berminat untuk menyumbang, sila hubungi :

Pn Rosiah (0126089751) / Cik A'isyah (0196968378)

atau emel : nisawilayah@gmail.com

Untuk sumbangan berbentuk wang ringgit, boleh terus bank-in kepada :

YAYASAN AMAL MALAYSIA CAW WILAYAH PERSEKUTUAN

NOMBOR AKAUN : 14032010034123

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Terima kasih, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.
daripada Nisa' Wilayah Persekutuan dan Yayasan Amal Malaysia.

No comments: