Saturday, July 25, 2009

Jiwa Positif Hidup Bertuhan..

Pada 12 Julai yang lepas, Unit Khidmat Kaunseling (UKK) Nisa’ WP telah mengadakan satu bengkel asas kaunseling yang bertajuk Jiwa Positif Hidup Bertuhan: “Komunikasi dengan Allah”. Bertempat di Batu Caves, Gombak bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 85 peserta yang terdiri daripada penggerak-penggerak Nisa’ Wilayah dan Nisa’ Kawasan sekitar wilayah.



Pengisian yang telah disampaikan oleh Encik Fuad bin Latip, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam telah menarik para peserta untuk memahami tentang kemahiran komunikasi intrapersonal dan interpersonal. Bersesuaian dengan tema bengkel iaitu ”Serve and Care with Allah’s Love” peserta juga turut dihidangkan dengan banyak sentuhan-sentuhan rohani yang diharapkan dapat digarap oleh semua peserta bengkel seterusnya diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.


Bengkel selama separuh hari ini juga antara lain berobjektifkan supaya penggerak Nisa’ mempunyai pendekatan dan sentuhan komunikasi yang berkesan di samping merangsang penggerak Nisa’ untuk memperlengkapkan diri dengan nilai tambah secara dinamik.

Bengkel ini telah diakhiri dengan resolusi dan sedikit latihan komunikasi yang dipimpin sendiri oleh penceramah dalam menghayati hidup sebagai hamba-Nya. Diharap semua peserta dapat mengutip seberapa banyak mutiara yang berharga di dalam program ini dan semoga Allah melimpahi rahmat dan kasih sayangNya ke atas semua pejuang agamaNya, InsyaAllah.

No comments: