Wednesday, March 4, 2009

Jawatan kosong LJM dan MPJB

Iklan jawatan kosong di Lembaga Jurutera Malaysia

Tarikh tutup 23 Mac 2009

Lembaga Jurutera Malaysia mempelawa permohonan dari calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi jawatan:

- PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N27)
Kelayakan –
1. Ijazah/Diploma universiti dalam jurusan undang-undang.
2. Fasih di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia terutama dalam penulisan.
3. Mempunyai personaliti yang baik dan berkeupayaan dalam perhubungan awam.
4. Berpengetahuan dalam teknologi maklumat (IT).
5. Minimum 1 tahun pengalaman bekerja.
6. Berusia tidak lebih 30 tahun.

Jawatan adalah tetap. Skim gaji berdasarkan Sistem Saraan Malaysia tertakluk kepada kelayakan dan pengalaman. Pemohon yang berminat dipelawa mengemukakan borang permohonan beserta biodata lengkap merangkumi pengalaman kerja, gaji sekarang, gaji dipohon, salinan sijil, gambar berukuran passport yang tidak dikembalikan, nombor telefon serta email yang boleh dihubungi sebelum atau pada 23 Mac 2009 kepada :

Setiausaha LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA
Tingkat 17 Ibu Pejabat JKR Jalan Sultan Salahuddin 50580 Kuala Lumpur

Hanya calon-calon yang terpilih sahaja akan dihubungi.
borang permohonan LJM

jawatan kosong MPJBT


Iklan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

Tarikh tutup 11 Mac 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah :

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
2. PEMBANTU TEKNIK J29
3. PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP J29
4. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
5. JURUAUDIO VISUAL N17
6. JURUTEKNIK J17
7. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
8. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17
9. PEMBANTU PENILAIAN W17
10. PEMANDU KENDERAAN R3
11. PEMBANTU PENGUATKUASA (TEMPAT LETAK KERETA) N17

iklan lengkap jawatan MPJBT borang permohonan MPJB


No comments: