Tuesday, December 30, 2008

Salam 1430H


Hari berganti hari dan tahun berganti tahun.

Semalam seluruh umat Islam telah menyambut kedatangan tahun ke 1430 Hijrah, dan mengikut kalendar Masihi juga tahun 2008 telah hampir sampai ke penghujungnya. Maka marilah kita semua muhasabah diri dan renung kembali apa yang telah dilakukan sepanjang tahun lalu, lantas kita memohon keampunan Allah semoga dengan limpah dan kurnia Nya, kita diampuni dan diberi peluang untuk memperbaik diri.Juga kita patut sesekali menjenguk kembali sirah bagaimana peristiwa hijrah diambil untuk memulakan tahun dalam kalendar Islam.

1))Penetapan nama Tahun Hijriyah (al-Sanah al-Hijriyah) merupakan kebijaksanaan Khalifah Umar al Khattab.

2)Ali bin Abi Thalib adalah orang yang mencadangkan agar kalendar Islam dimulai penghitungannya dari peristiwa hijrah, saat umat Islam meninggalkan Makkah menuju Yathrib (Madinah).
3)Dalam buku Kebangkitan Islam dalam Pembahasan (1979), Sidi Gazalba, cendekiawan Islam yang berasal Malaysia, ''Dipandang dari ilmu strategi, hijrah merupakan taktik. Strategi yang hendak dicapai adalah mengembangkan iman dan mempertahankan kaum mukminin.''
4)Hijrah adalah titik permulaan perjalanan menuju Daulah Islamiyah yang membentuk masyarakat Islam dengan terjalinnya persaudaraan sesama Muslim (ukhuwah Islamiyah) antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar.x Jalinan kaum Muhajirin-Ansar membuktikan bahawa ukhuwah Islamiyah berjaya membawa umat Islam menjadi umat yang berjaya dan disegani.

Dari situlah mengapa konsep dan hikmah hijrah perlu dikaji ulang dan diamalkan oleh umat Islam.

Dengan peralihan tahun ini, mulakanlah dengan menanam azam semoga kita menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini, seiring dengan hadis nabi;

''Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari kemarin, adalah orang yang beruntung."

Wallahu'alam dan salam maal hijrah.

No comments: