Wednesday, March 19, 2008

Salam Tahniah daripada Nisa' Wilayah Persekutuan

Ucapan tahniah ditujukan khusus kepada ahli-ahli Nisa' walau di mana kalian berada di atas keputusan cemerlang yang diperolehi di dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM yang telah diumumkan baru-baru ini. Jadikan kejayaan cemerlang ini sebagai satu titik-tolak ke arah kejayaan yang lebih cemerlang di dalam apa jua lapangan yang diceburi selepas ini.

Kepada mereka yang kurang bernasib baik, diharap usah berputus asa kerana sikap negatif ini akan hanya mengundang prasangka lain yang tidak mendatangkan manfaat walau seinci pun kepada diri sendiri sebaliknya jadikan kegagalan itu sebagai satu mangkin pemotivasi diri yang mungkin di dalamnya, terkandung seribu satu hikmah yang cuma Allah SWT sahaja
yang mengetahuinya.

Sekalung tahniah juga ditujukan buat
Timbalan Pengarah Nisa' WP, Zarina Amri Shahidin di atas perkahwinan beliau dengan Ustaz Amran dan Ketua Unit Kerjaya Nisa' WP, Mai Suharah Basaruddin di atas pernikahan beliau dengan jejaka pilihan beliau, Azry Muhamad.

Semoga rumahtangga yang dibina diberkati oleh Allah SWT
dan dapat melahirkan zuriat yang soleh dan solehah yang bakal mewarisi perjuangan mereka. Ameen...

No comments: