Monday, July 9, 2007

FRIENDLY MATCH NISA'WP

9 Julai 2007 - Nisa'WP melalui blognya telah mewar-warkan 2 perlawanan persahabatan yang dijadualkan dilangsungkan pada 7 & 8 Julai yang lepas atas jemputan daripada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya & Petronas Corporate Division. Walaubagaimanapun, hanya satu perlawanan berjaya dijalankan setelah Sek Sri Puteri membatalkannya di saat akhir. Dalam perlawanan persahabatan ini, pihak Kelab Bola Tampar Nisa'WP memberi peluang kepada semua ahli mereka yg terdiri daripada mereka yang sudah berpengalaman dan baru belajar untuk merasai bermain dalam suasana perlawanan.

Perlawanan persahabatan dengan PETRONAS Corporate Division berlangsung di Pusat Latihan Bank Simpanan Nasional Bangi dalam suasana ceria dan harmoni. Perlawanan yang dijadualkan bermula jam 5 petang walaubagaimanapun hanya bermula pada jam 6 petang disebabkan hujan lebat dan kebanyakan pemain Nisa' terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk.

4 set perlawanan berjaya disempurnakan dan kesemua 4 set dimenangi PETRONAS. Nisa'WP menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan mengekori rapat pungutan mata bagi setiap set perlawanan. Usai perlawanan, kedua-dua pasukan saling bertukar cenderahati dan beramah mesra dalam jamuan ringkas yang diatur oleh PETRONAS selepas Solat Maghrib. Pihak Nisa'WP sangat berbesar hati dengan undangan pihak-pihak yang sudi bekerjasama dengan Nisa'WP. Semoga perlawanan persahabatan ini menjadi titik tolak untuk mempromosikan Nisa' dan Nisa'WP khasnya dalam menjuarai isu dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan. - myNisa'KL

No comments: