Tuesday, June 11, 2013

Warming Up :D


Assalamua'laikum

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. :)

Hari ni dah masuk bulan Syaaban. Bermakna tak sampai sebulan lagi, kita akan bertemu Ramadhan penuh barokah. ALLAHu ALLAH. Moga ALLAH panjangkan usia kita semua sehingga akhir Ramadhan.

Puasa tahun lepas dah berganti ke belum? :D Kalau belum, kenalah usahakan untuk habiskan puasa ganti ya. Lunaskan dulu hutang-hutang puasa yang lama :D Semoga diberi kekuatan.

Jom, sama-sama lakukan persedian untuk menyambut Ramadhan yang bakal menjelma. Jangan sibuk cari pakaian raya je. Heeeeeeee

Salam sayang buat semua

Friday, June 7, 2013

Biar Gambar Berbicara 2

Assalamua'laikum

Ayuh, kita perbaiki diri . Tutup aurat dengan sempurna. :)



Sayang selalu.

Wassalam. ;D

Wednesday, June 5, 2013

Biar Gambar Berbicara 1

Assalamua'laikum.

Muhasabah bersama :


Sayang semua kerana ALLAH. :D

Wassalam

Monday, June 3, 2013

ALLAH sentiasa memberi peluang kepada kita. :)

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, bersiaran lagi. :)

Apa khabar jasmani? Apa khabar rohani? Semoga dilindungi dan dirahmati ALLAH sentiasa hendaknya.

Musim cuti sekolah masih lagi berlangsung. Banyak jemputan walimah diterima dari sahabat-sahabat segenap pelusuk. Alhamdulillah, mabruk! Semoga dilimpahi rahmat dan barokah dari ALLAH.

Dalam kita bergembira, masih ramai yang berduka. Kecewa kerana belum dapat kerja. Kecewa kerana belum dapat jodoh. Kecewa kerana belum dikurniakan anak. Kecewa kerana belum dapat apa yang dicita-citakan.

Jangan begitu. ALLAH sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. Setiap perjalanan hidup kita, sentiasa disertakan dengan kejutan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Mungkin hari ini kita merasakan diri kurang bernasib baik dari orang lain, tapi siapa sangka, esok, kita bakal mendapat sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang kita impikan, lebih baik dari orang lain. :D ALLAH the best planner! Jangan sedih ya.

Letakkan ALLAH di hati, sentiasa. :D




Wassalam

Friday, May 31, 2013

Kembali Bersiaran :D

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya. :)

Alhamdulillah, ALLAH mash panjangkan usia untuk kita meneruskan kehidupan.

Ramadhan bakal menjelang. Dah tak lama. Sudah bersediakah kita? Puasa sudah diganti? :) Jangan lupa ya. Takut tak sempat pula nanti.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bila Nisa' Wilayah nak mula berprogram semula. Insya'ALLAH, jadual sedang diatur. :) Sampai masa, kami akan hebahkan. Insya'ALLAH. :)

Teruskan bersama kami. Terima kasih kepada yang tidak henti-henti memberikan sokongan padu. Doa dan sokongan kalian amat bermakna buat kami. Terima kasih sekali lagi. :) Hanya ALLAH yang mampu membalas segala kebaikan. :D

Jom ambik masa sekejap Kita sama-sama doakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita. Moga ALLAH terima. Allahumma aminnn.




Tuesday, March 5, 2013

Doa Senjata Mukmin

Assalamua'laikum.

Seminggu dua ni terpapar di kaca TV, berita tentang kejadian yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Kematian, kemusnahan, ketakutan.

Ayuh, sama-sama kita panjatkan doa untuk saudara kita di sana.

Semoga perkara ini dapat diselesaikan segera.

Aminnn


Wednesday, February 13, 2013

PUTRAJAYA : Ustazah Sayang Anda


Assalamua'laikum

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kembara kehidupan.
Alhamdulillah

Di kesempatan ini, kami ingin mengajak Cik / Puan sekalian untuk sama-sama berkumpul dalam majlis ilmu.



USTAZAH SAYANG ANDA
tarikh : 16/02/2013 (Sabtu)
tempat : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)
masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Penampilan istimewa : Ustazah Norhafizah Musa, Ustazah Teh Izanuri, Ustazah Sharifah Durrah, Dr. Nazirah Mohd dan Ustazah Nur Hidayah

Jemput datang beramai-ramai. Jangan lupa ajak kawan-kawan ya. :D

Semoga ALLAH permudahkan pertemuan nanti.
Jumpa di sana.



* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *