Tuesday, October 23, 2012

Jom beramal di Bulan Zulhijjah


Bulan Zulhijjah memang terkenal dengan bulan utk para umat Islam menunaikan haji dan mengamalkan ibadah korban..
namun, jangan biarkan bulan ini berlalu begitu sahaja, kerana ada ibadah lain yang perlu kita rebut peluang untuk menambah pahala...

1) Berpuasa
Berpuasa pada hari-hari Zulhijjah atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah – . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

2) Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,
para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :

“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

3) Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada kita untuk mujahadah dan terus berusaha meningkatkan amalan kita...kerana dunia ini hanya persinggahan....
persinggahan dalam mencari bekal pahala untuk di bawa di akhirat kelak dengan rahmat ALLAH SWT..

SELAMAT BERAMAL
SALAM AIDILADHA DARIPADA NISA` WILAYAH PERSEKUTUAN

Monday, October 15, 2012

Doa Keluarga Bahagia :)

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Doa dan harapan, moga sihat badan, sihat iman.:)

Hari ini, nak kongsikan satu doa. Jom, sama-sama kita amalkan, :)


Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.


Semoga bermanfaat untuk semua.

Wassalam.

(^_~)

Tuesday, October 2, 2012

Anda Stress??

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah, Maha Penyayang

Perkongsian dari laman "Facebook"

Semoga ada manfaat yang dapat kita kongsikan bersama. :)


Cara Menghadapi Stress:

  • Ingatlah, bahawa ini adalah ujian dari ALLAH untuk setiap hambaNYA. Dengan adanya ujian, keimanan kita akan semakin bertambah sekiranya kita bersabar. :)

  • Bertenang, jangan terlalu menekan diri. Perbanyakkan membaca al-Quran, solat malam. Kerana sesungguhna dengan mengingati ALLAH, hati akan tenang. Bila hati tenang, kita akan lebih positif! :)

  • Sekiranya tidak mampu untuk mencari penyelesaian sendirian, cubalah berbincang dengan orang lain. Mungkin hasil perbincangan dapat membantu kita menghadapi masalah yang dihadapi. :)

  • Apabila kita merasa tertekan dengan masalah yang kita hadapi, ingatlah bahawa ada orang lain yang lebih susah berbanding kita. 

  • Nikmatilah masalah. Bukankah pengalaman merupakan guru yang terbaik? :) Semakin banyak pengalaman, semakin bijak kita menghadapi masalah pada hari-hari mendatang.

  • ALLAH tidak pernah memberikan sesuatu yang tidak dapat ditanggungkan oleh hambaNya. :). Yakinlah, setiap masalah akan ada penyelesaiannya.

Ok, jangan stress lagi ya.
Wassalam :)


Friday, September 28, 2012

Istiqamahkah kita selepas Ramadhan??

Apa khabar dengan iman kita hari ini?
Alhamdulillah, harapnya sihat dan sentiasa dalam jagaan ALLAH SWT.
Setelah 2 bulan Ramadhan telah meninggalkan kita...masih istiqamahkah kita untuk membaca al Quran?
masih istiqamahkah kita untuk solat sunat dan melakukan amalan sebagaimana yg telah kita lakukan pada bulan Ramadhan??
tepuk dada, tanyalah iman...

Imam al-Qurtubi berkata, “Hati yang istiqamah adalah hati yang sentiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa keyakinan, perkataan, maupun perbuatan, hati yang istiqamah adalah jalan menuju kejayaan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqamah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan diluaskan dan akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat.

Kenapa perlunya kita istiqamah??
Dengan hati yang istiqamah, malaikat akan turun untuk memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap azab kubur. Hati yang istiqamah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa.”

Ada banyak cara untuk memikili hati yang istiqamah ini, antaranya;
1. Meletakkan cinta kepada Allah di atas segala-galanya. Ini adalah persoalan yang tidak mudah dan memerlukan usaha yanh gigih kerana, dalam kehidupan sehari-hari kita sering mengalami pertembungan antara kepentingan Allah dan kepentingan makhluk, Apabila dalam kenyataanya kita lebih mendahulukan kepentingan makhluk, maka itu pertanda bahwa kita belum meletakkan cinta Allah di atas segala-galanya.

2. Membesarkan perintah dan larangan Allah. Membesarkan perintah dan larangan Allah harus dimulai dari membesarkan dan mengagungkan pemilik perintah dan larangan tersebut, yaitu Allah. Membesarkan perintah Allah di antaranya adalah dengan menjaga waktu salat, melakukannya dengan khusyu, memeriksa rukun dan kesempurnaannya serta melakukannya secara berjamaah.

3. Sentiasa berzikir kepada Allah kerana itulah perintah Allah dan Rasul-Nya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis qudsi Allah berfirman,
قَالَ مَنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَمَنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ مِنْ النَّاسِ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ أَكْثَرَ مِنْهُمْ وَأَطْيَبَ
Maksudnya;“Barangsiapa yang mengingat-Ku di dalam dirinya, maka Aku akan mengingat-Nya dalam diri-Ku. Dan barang siapa yang mengingat-Ku dalam keramaian, maka Aku akan mengingat-Nya dalam keramaian yang lebih baik darinya

4. Mempelajari kisah orang-orang saleh terdahulu supaya kita boleh mengambil pelajaran dari mereka. Bagaimana kesabaran mereka ketika menghadapi ujian yang berat, kejujuran mereka dalam bersikap, dan keteguhan mereka dalam mempertahankan keimanan. Sebagaimana firman Allah ,
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Maksudnya; Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. al-Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Yusuf: 111).
 رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Semoga kita semua terus istiqamah untuk terus beramal kerana ALLAH SWT
insyaALLAH

Wednesday, August 15, 2012

SALAM KEMAAFAN BUAT SEMUA




Assalamua'laikum.

Penghujung Ramadhan. Saat ini, ramai dah mula balik kampung. Esok, bertambah ramailah nampaknya. Kerna, cuti sekolah sudah bermula. ^_^

Alhamdulillah, ALLAH masih pinjam nyawa hingga ke saat ini. Semoga setiap hela nafas kita, dirahmati dan diredhai.

Dikesempatan ini, kami dari Nisa' Wilayah Persekutuan ingin memohon ribuan ampun dan maaf, sekiranya ada sebarang kekurangan dan kelemahan, salah serta silap.

Semoga I'dul Fitri nanti, dapat diraikan dengan gembira, hati yang suci.

Ramadhan bakal berakhir. Sama-sama kita manfaatkan ruang waktu yang masih ada. ^_~

Wassalam

Monday, August 6, 2012

Nisa' Putrajaya membawakan MUHASABAH RAMADHAN. Jomm..

sumber : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2012/08/m-u-h-s-b-h-r-m-d-h-n.html


Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga diberi kesihatan yang baik, hendaknya.

Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan perancangan Kuliah Dhuha yang seterusnya. =)



Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita tengok 'details' EUW yang bakal berlangsung:

TARIKH : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433H (Ahad)MASA    : 9.30 - 11.30 PAGITEMPAT : DEWAN SOLAT WANITA, MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MASJID BESI)

Jangan lepaskan peluang... Panel yang akan bersama kita ialah :
USTAZ SYED ABDUL KADIR ALJOFREE!
Personaliti rancangan Tanyalah Ustaz TV9, dan sering juga menjadi tetamu undangan dalam rancangan-rancangan yang lain.

AYuh, bersama kita berMUHASABAH, apa yang telah kita lakukan sepanjang RAMADHAN ini. Adakah masih ada peluang untuk kita tampung mana-mana ruang yang lompong, atau tidak?

JAngan lupa ajak kawan-kawan yang lain ya. (^_^). Sebarkan pada yang lain.

wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Monday, July 16, 2012

Nisa' Small Kindness kembaliii :)



Assalamualaikum wbt


Lovely ladies & Respectful gentlemen :)



Please help us to help others :)



Thanks!



Yours Truely,


Nisa' Wilayah Persekutuan