Monday, April 11, 2011

TALKSHOW KEMBALI LAGI!

Kau dan Aku ke syurga.... "Bukankah syurga dunia yang dibina mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana...??" TALKSHOW NISA' WP : "KAU & AKU KE SYURGA" TARIKH : 23 APRIL 2011 (SABTU)MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANGTEMPAT : DEWAN SEMINAR MASJID AS SYAKIRIN, KLCC Panel : 1) Ustaz Fauzi Bin Mustafa (Pengacara Al Kuliyyah TV3, Duta Produk Jus Tok Guru)2) Pn Qurratul Aein Fatah Yasin (Pensyarah UITM) "SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR" Masuk adalah percuma !Minum petang disediakan :) Hubungi : 013-200 9426 (azi) @ 019-3424921 (durrah)

Friday, March 18, 2011

JEJAK KASIH REMAJA kembali lagi :) [19/3/2011]

 
Apa khabar semua? Apa khabar iman kita?
Ha....lama menanti, kini menjelma.
JEJAK KASIH REMAJA kembali lagiiiii :)
 
Bila?  Sabtu ini 19/3/2011
Di mana? Taman Tasik Metropolitan Kepong
Jam? 5 petang
 
 
Jejomz semua. Sambil beriadah kita berukhwah~~~
LET'S GO FRIENDS :)
 
 

Tuesday, March 1, 2011

Nota Usrah Nisa' Wilayah

Assalamualaikum wbt..
 
Alhamdulillah usrah Nisa' telah berjaya diadakan minggu lepas di Gombak..berikut dikongsikan sedikit ilmu untuk manfaat bersama :)

1) Dgn ilmu yang kita dapati,jadikanlah malam hari kita seperti rahib,siang hari kita seperti penunggang kuda yang sibuk menegakkan Islam di muka bumi

2)Rasulullah diutuskan dalam keadaan masyarakat yg sesat nyata-tak byk beza dengan keadaan kita sekarang

3)Surah alkahfi-sgt penting utk diteliti terutama setiap hari jumaat

4)Kita perlu berusaha kembali kpd asal-menghayati keberkatan hari jumaat
(rujuk kisah ashabul kahfi)

5)Allah bentangkan kpd kita: terdapat 4 fitnah kpd manusia ttp dikhususkan kpd golongan yg mencari hikmah:

I)Kisah ashabul kahfi
--Fitnah(ujian) paling besar adalah terhadap agama yg Allah berikan kpd kita (islam),apa bezanya dgn org lain?
--ujian utk mempertahankan diri,tabah,thabat dalam perjuangan
--pemuda ashabul kahfi semuanya hidup mewah sebelum peristiwa di gua.mereka diuji utk pertahankan iman setelah ditidurkan dalam gua
--500 tahun beza nabi isa dan nabi muhamad diturunkan-masa inilah peristiwa ashabul kahfi
-apabila bangkit dari tidur,mereka menyangka telah tidur setengah hari tp sebenarnya dah 300 thn
-sekejap saja smpai hari kiamat

ii)Kisah nabi musa
-nabi sebagai manusia mmg akan melakukan kesilapan,jadi Allah ajar nabi musa utk membersihkan hati kerana nabi musa bangga dgn ilmunya
-Allah suruh Nabi Musa jumpa Nabi Khidir dan mengembara bersamanya (al kahfi:ayat 60)
-sepanjang perjalanan, Nabi Khidir membuat beberapa perkara yang pelik dari pandangan manusia, padahal setiap satu perbuatan mempunyai sebab yang tersendiri
-rupanya Allah ingin mengajar Nabi Musa bahawa banyak lagi perkara yang tidak diketahuinya, sesunggunya ilmu Allah itu sangat luas

Iii)Pemilik 2 ladang (tamar dan anggur)
-kekayaan yg Allah berikan menyebabkan mereka kufur nikmat harta(tak amanah,membazir,bermewah2)
-lihat bagaimana sahabat2 nabi mengorbankan seluruh harta utk islam(contohnya :Musab Umair,Abd Rahman b Auf,Uthman Affan)
-jadilah abu bakar yg kaya kerana infaknya

Iv)(Iskandar) Zulkarnain
-Ada ilmu,agama dan harta
-beliau menerima ujian ini dgn bersifat adil
-beliau menggunakan kelebihan yang ada utk menjaga kebajikan rakyat-pemerintahannya dari timur ke barat
-harta dan anak2 merupakan harta dunia tp amal kebajikan adalah yg akan dibawa di akhirat

6)Riwayat Abu Darda', Rasulullah saw telah bersabda ` barangsiapa membaca 3 ayat surah alkahfi,dia akan terhindar dr fitnah dajjal'

7)Keluarnya dajjal menandakan hari kamat dah dekat

8)Al-Quran itu penyembuh jiwa dan pemberi rahmat :) Maka banyakkanlah membaca Al Quran

9)Hidupkan muhasabah diri (checklist ibadah..macam harini saya dah buat solat sunat taubat,hajat,zikir fatimah, etc)

10)Jadilah orang yang fakih (dapat mengambil hikmah2 ilmu)

11) Memetik kata-kata ulama besar kita, Yusuf al-Qardawi 'Sesungguhnya terlalu kecil gerak kerja wanita islam berbanding tuntutannya'

12)Kewajipan wanita bukan setakat mendidik anak2 sendiri,tapi perlu didik anak2 org lain dan ibu2 yang lain..jadi siapa kata tugas wanita hanyalah perlu duduk di rumah? 
Semoga bermanfaat:)

Friday, February 18, 2011

"Inspiring Me".. to inspire you

Tanggal 15 Februari 2011 yang lalu, Nisa' Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program 'in-house training' yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Program yang bertemakan "Inspiring Me" ini bermatlamat untuk memperkasakan kemahiran komunikasi intrapersonal dan interpersonal diri. Turut diselitkan pengisian preview tentang 'Vision & Intent'.

Majlis dimulakan dengan iringan selawat ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. sempena memperingati hari kelahiran baginda. Seterusnya, majlis dikendalikan oleh Cik Mastura Mansor yang merupakan seorang jemputan dari Nisa' Malaysia. Antara input utama yang ingin disampaikan adalah tentang NLP (Neoro Linguistic Programming). NLP mencetuskan daya berfikir yang sama melalui interaksi saraf-saraf otak yang membuat penilaian dari pelbagai sudut dan komunikasi verbal serta non-verbal. Fasa pertama lebih cenderung menyedarkan hakikat sebenar potensi diri seseorang individu, manakala fasa kedua lebih cenderung mengajak audien bersikap yakin boleh untuk mencapai sesuatu melalui potensi diri yang dianugerahkan kepada mereka. Seterusnya, Cik Mastura menyentuh tentang deria (senses) yang ada pada seorang manusia iaitu visual, auditori, kinesthetic (perasaan), olfactory (bau), gastutory (rasa) dan audio digital (gerak hati). Apa yang menarik, pergerakan mata ketika berkomunikasi mampu menentukan kategori seseorang sama ada visual, auditori atau kinesthetic. Setiap kategori ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dari aspek gerak tubuh, percakapan, penyampaian, perkataan dan pernafasan.

Selain itu, beberapa konsep NLP turut dikongsi dalam membina rapport (hubungan baik) dengan seseorang. Antaranya, "matching and mirroring" yang membolehkan seseorang membina hubungan baik dengan individu yang berkomunikasi dengannya dari segi nada suara, fisiologi, pernafasan, bahasa minda, hatta nilai kepercayaan yang senada atau sama. Sekiranya rapport tercapai, apa yang ingin disampaikan akan mudah diterima dengan baik. Kemahiran ini menjadi satu kredit besar buat penggerak Nisa' yang menjadi penghubung generasi muda. hari ini. Justeru, minda, tubuh dan jiwa perlu bersedia untuk menerima sebarang mehnah dan tribulasi dalam berdakwah. Sebelum sesi ceramah Cik Mastura berakhir, audien dihidangkan dengan tayangan klip video Badar 313 hasil sentuhan beliau sendiri.

Program berehat seketika dengan solat Zuhur dan makan tengahari. Program disambung semula pada jam 3 petang oleh En. Fazrul Ismail, seorang pelatih dari Total Success Training & Consultancy. Beliau menyampaikan ceramahnya dengan melontarkan persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh audien. Antaranya, apakah tujuan hidup ini dan beberapa persoalan lain yang peserta sendiri tidak pernah menjangka akan diajukan kepada mereka. Kesemua persoalan ini telah dikupas bersama-sama mengikut aturan dan kehendak yang sebenarnya sesuai dengan susunan dalam maksud hadis dan ayat al-Quran. Majlis berakhir dalam pukul 5 petang. Kedua-dua jemputan memperoleh cenderamata yang disampaikan oleh pengarah program, Pn. Zurina Bte Din.

Rata-rata, ramai yang berpuas hati dengan mesej yang disampaikan. Semoga Nisa' dapat mengaplikasi kemahiran yang diperoleh sepanjang program berlangsung, khususnya dalam menyampaikan risalah ilmu dan dakwah. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat!

Monday, February 14, 2011

Selamat Hari Kekasih


SALAM MAULIDURRASUL daripada NISA` WILAYAH PERSEKUTUAN
Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Rasulullah S.A.W
“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad, pembuka bagi sesuatu yang terkunci, penyudah segala nabi yang terdahulu, pembela kebenaran dengan kebenaran dan petunjuk ke jalanMu yang lurus. Limpahkanlah juga rahmat ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya dengan kurniaan yang layak dengan kadar dan darjatnya yang agung.”

Saturday, January 8, 2011

Laporan Talkshow U Turn Ke Jalan Lurus

Pada hari Sabtu 1/1/2011 yang lalu, alhamdulillah Nisa' Wilayah Persekutuan telah bekerjasama dengan Masjid Asy-Syakirin untuk menjayakan program Talkshow Nisa' WP sempena sambutan Ambang Tahun Baru 2011. Program yang diadakan di perkarangan masjid KLCC menampilkan dua orang speaker yang tidak asing lagi, Ustaz Zul Ramli M Razali (pakar motivasi, penceramah undangan di IKIM.FM dan PAHANG.FM dan penulis buku `U Turn ke Jalan yang Lurus') dan Brother Ustaz Kamaruddin Abdullah (Presiden IPSI -Persatuan Penyebaran Islam Antarabangsa) yang terbang jauh dari Pulau Pinang semata-mata untuk menjayakan program ini.

Program yang memakan masa 2 jam tidak terasa lamanya kerana kupasan yang hebat dan menyentuh perasaan daripada kedua-dua orang speaker, ditambah pula dengan moderator yang petah berkata-kata lulusan Universiti Al Azhar, Cik Sharifah Durrah. Seramai lebih kurang 100 orang hadirin yang datang menadah ilmu pada hari tersebut.

Antara isi penting kupasan Talkshow tersebut adalah seperti berikut :

Dalam kehidupan,kita ada `bulatan kerisauan' (circle of concern). Kadang-kadang kita terlalu membesarkan bulatan ini sehingga kita lupakan yang lebih penting iaitu `bulatan tanggungjawab' (circle of responsible). Kalau kita tidak menanda diri dalam bulatan tanggungjawab, akan jadi seperti lagu `bangau oh bangau' di mana setiap makhluk asyik menyalahkan orang lain, kecuali ular! Nampaknya ular sahaja yang `macho' dan mengambil tanggungjawab dengan mengatakan `katak itu adalah makanan aku'.

Persoalannya, bagaimana nak berperanan di sebalik kerisauan?
Kata Imam malik,"Umat tidak akan baik melainkan mereka balik seperti umat yg terdahulu (yang mengamalkan ajaran Islam secara syumul)". Oleh itu, kita janganlah merawat gejala sebaliknya rawatlah punca. Dan cara merawat terbaik dalam segala keadaan adalah yang disertai keikhlasan.

Contoh sirah Nabi yang baik adalah sewaktu seorang Arab Badwi kencing di dalam masjid. Para sahabat tidak sabar untuk memukul Arab Badwi itu tetapi ditegah oleh Rasulullah saw, sebaliknya baginda Nabi/Nabi menyuruh seorang sahabt membersihkan najis tersebut dengan berkata `Ingatlah wahai kalian,kamu semua diutus oleh Allah utk memudahkan urusan'. Di sinilah Nabi kita mengambil tindakan bijak dengan merawat punca, sehingga seterusnya Arab Badwi tersebut memuji Nabi sebagai orang yang terbaik pernah dia jumpa.Oleh demikian, kita perlu berhati-hati dalam merawat gejala dan tidak hanya mengambil pendekatan popular.

Memetik juga perumpamaan oleh Imam Al Ghazali-manusia ni apabila bercinta,sampai ke tahap dia akan merindu. Unta juga pandai rindu; apabila unta merindu ia tidak peduli untuk makan dan minum dan tak kisah berapa beban yg ditanggung. Begitu juga manusia apabila cintakan Allah, tidak akan berat untuk meninggalkan larangan Allah dan setiap suruhan Allah yang dianggap seakan beban oleh orang lain, akan jadi mudah untuk dilakukan.

Akhir sekali para speaker sempat berkongsi tips untuk kekal di jalan yang lurus :
Tips 1-Jadilah orang yang tunduk pada ilmu
Tips 2-mesti cari rakan yang baik
Tips 3-kita mesti mencari kubu kpd iman iaitu dekat dgn masjid

Selain itu, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga meriah dengan penyertaan hampir 30 orang kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur. Terima kasih kepada ubat gigi Mukmin yang menjadi penaja utama bagi pertandingan mewarna kali ini.

Sekian, semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian catatan ini dan semoga kita berjumpa lagi di talkshow akan datang!

Monday, January 3, 2011

Terima kasih semua

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan.Terima kasih Allah,,,terima kasih kerana membantu dan memudahkan kami semua dalam melaksanakan amanah ini....

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat di atas kunjungan ke Booth Nisa` dan juga menghadiri santapan ilmu yang bermanfaat sempena tahun 2011..TALKSHOW : U TURN KE JALAN YANG LURUS.

Jutaan terima kasih buat pihak JAWI dan pihak Masjid Asy-Syakirin KLCC kerana memberi ruang dan peluang kepada Nisa` WP dalam memeriahkan dan menjayakan program DI AMBANG 2011.

Insyaallah , semoga Allah merahmati dan sentiasa membantu kita dalam meniti dan mencari redha Allah SWT.