Tuesday, June 3, 2008

Selamat Hari Lahir!!!


Selamat Hari Lahir kepada mereka yang lahir pada bulan Jun ini...kami di Nisa' Wilayah sentiasa mendoakan semoga anda semua berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT...

Asmaa Ahmad Razali ~ 1 JUN
HALIMATUN SA'ADIAH ISMAIL ~ 2 JUN
SITTANA RUQAYYAH AZMI LATIF ~ 2 JUN

Nadhirah Dzulkarnain ~ 3 JUN

SITI HAWA HASHIM ~ 4 JUN
SITI NORIRAWATI PASIS ~ 4 JUN
ROSLINA YACOB ~ 5 JUN
FATHIN CHE AZMAN ~ 6 JUN
WAN HASSNAH WAN ABDULLAH ~ 6 JUN
Haslinda Mohd Salleh ~ 6 JUN
SITI FATIMAH MOHD TAWIL ~ 7 JUN
HAFIZAH AMANULLA ~ 8 JUN
NURFADZANA RAMSI ~ 9 JUN
FATIN HAZWANI MOHAMAD NAJIB ~ 9 JUN
SUZANA SAMAT ~ 11 JUN
NORHAIDA LAILA BAHARUDDIN ~ 13 JUN
SITI KATIJAH ZULKIFLI ~ 13 JUN
HASLINDA MOHD YUSSOF ~ 14 JUN
NABILA ASYIKIN MOHAMAD SALIM ~ 14 JUN
ABIDA DAHALAN ~ 15 JUN
KELESUNNAYATI RASHID ~ 15 JUN
SHUHANIM MD SHUKERI
~ 15 JUN
SITI NUR AFIQAH AZUMI
~ 17 JUN
SYAFIATI NATASYA
~ 17 JUN
Siti Zulaikha Zulkifli
~ 18 JUN
Muzlina Mohamad ~
18 JUN
SITI SYUHADA CHE ISHAK ~ 20 JUN
BISHA FATHAMAH UZIR ~ 22 JUN
RAIHAN HABIL
~ 22 JUN
AISHAH CHE AZMAN
~ 25 JUN
NOR ERRA FAZIRA M.RAZID
~ 27 JUN
KHADIJAH MOHD KHAIDIR
~ 27 JUN
LUHAIYATI MOHD JAMIL
~ 27 JUN
Nur Hazrati Dawany Bukhari
~ 28 JUN
ASMARANI ABDULLAH
~ 28 JUN
LINSHARLIANA SHARUDIN ~ 28 JUN

Hanisah Mohamed ~ 30 JUN

Mari kita perhatikan hasil kajian Dr Fadzilah Kamsah untuk mereka yang lahir dalam bulan Jun :-

* Berfikiran jauh & berwawasan
* Mudah ditawan kerana sikap baik
* Berperangai lemah lembut
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
* Idea yang terlalu banyak di kepala
* Bersikap sensitif
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera
* Bersikap suka menangguh-nangguh
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
* Cepat marah & cepat sejuk
* Suka bercakap & berdebat
* Suka buat lawak & bergurau
* Otaknya cerdas berangan-angan
* Mudah berkawan & pandai berkawan
* Orang yang sangat tertib
* Pandai mempamerkan sikap
* Mudah kecil hati
* Mudah kena selsema
* Suka berkemas
* Cepat rasa bosan
* Sikap terlalu memilih & cerewet
* Kurang mempamerkan perasaan
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati
* Suka pada barang yang berjenama
* Mudah menjadi eksekutif
* Kedegilan yang tidak terkawal
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Thursday, May 29, 2008

TAZKIRAH JUMAAT : "temanku...Ar-Rijal dan An-Nisa'"


Bismillahirrahmanirrahim..

Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yg diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.

Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu
itu,
Nafsu raja yg menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,

Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya kranaNya,

Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yg menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,

Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..

Andai Dia yg engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di
depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan
I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yg terbaik..

Lantaran DIA yg terbaik
DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
Dan andai dia yg terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN

Dan itulah yg terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,
Aku menegur yg mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama2 meredah lautan api,,,
Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik

Sama2lah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHualam.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yg Indah..

Bercintalah kerana ALLAH.. Dan Engkau akan merasakan Erti bercinta yg sebenar Insya ALLAH!!

*Ar-Rijal : Lelaki
*An-Nisa' : Perempuan

Wednesday, May 28, 2008

LATIHAN BOLA TAMPAR

NVBC akan mengadakan latihan bola tampar seperti berikut :-

TEMPAT : Court HUKM, Tasik Titiwangsa, KL
TARIKH
: 01/06/08 (Ahad)
MASA
: 8 - 10 mlm

Jangan lupa bawa yuran RM6 and please...dtg 30@15 minit lebih awal yer...utk elakkan masa terbuang...

Mohon war-warkan kepada yang lelain, k! Jangan lupa....jumpa di sana...Sesaper yang berminat nak join pun dijemput hadir sama...

Hubungi :
Fazriah (012-294 5732)
Famira (016-305 4547)

Tuesday, May 20, 2008

"AKU TERIMA NIKAHNYA..." PIKAT 400 ORANG HADIRIN!!!

11 Mei 2008 (Ahad), Masjid As-Syakirin, KLCC - "Aku Terima Nikahnya....." merupakan tajuk talkshow nisa` kali ke-9 yang telah berjaya memikat hadirin mencecah 400 orang yang terdiri daripada muslimin dan muslimat.

Penyampaian yang begitu berkesan oleh penceramah yang dikenali ramai iaitu Ustaz Hasrizal Abd Jamil atau dikenali sebagai Saiful Islam menjadikan para hadirin tidak berganjak hingga ke akhir talkshow. Program telah dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Naib Johan Akademi Al-Quran Musim Pertama iaitu Saudara Amirahman Bin Abbas.

Selama dua jam setengah para hadirin dihidangkan mengenai persediaan sebelum ke alam perkahwinan, panduan dan ilmu rumahtangga, matlamat dan kepentingan sesebuah keluarga Islam.Selain itu, hadirin juga didedahkan dengan cabaran dan rintangan dalam melayari bahtera rumahtangga terutama dalam mendidik anak-anak.

Turut diselitkan juga adalah mengenai pengalaman-pengalaman beliau dan realiti kehidupan rumahtangga masyarakat masa kini. Realitinya, ramai yang sudah mendirikan rumahtangga masih cetek tentang ilmu dan panduan kekeluargaan Islam yang sebenar.Bukan saja meliputi dari sudut ilmu, malah dari segi persediaan rohani, mental dan fizikal.

Selain itu juga, keseimbangan di dalam rumahtangga adalah perlu supaya tanggungjawab sebagai hamba Allah tidak terabai.Dengan adanya kesimbangan ini, maka dapat mencorakkan sebuah keluarga Islam dan akan melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.Dan, bermula dari keluarga Islam inilah yang akan membentuk sesebuah institusi masyarakat Islam yang sebenar.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mencari dan menggandakan ilmu tentang kekeluargaan Islam bagi membentuk sesebuah keluarga sakinah dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai Islam di dalam kehidupan seharian.

Sekalung penghargaan buat muslimin dan muslimat yang telah memeriahkan talkshow kali ini. Semoga terus istiqamah untuk terus menghadiri talkshow dan program-program Nisa' yang lain.

Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk menghadirkan diri, insya Allah kami akan membawakan kepada anda tajuk-tajuk yang lebih menarik dan padat dengan ilmu-ilmu pengisian rohani dan mendidik jiwa untuk mengisi ruang-ruang vakum dalam situasi masyarakat yang dahagakan pengisian di kala berhadapan dengan dugaan serta cabaran bersifat keduniaan di akhir zaman ini.

Oleh itu, semua muslimat dan juga muslimin diseru untuk mengajak sahabat-sahabat, jiran, saudara dan sesiapa sahaja untuk hadir pada talkshow yang akan datang. Sokongan daripada semua amatlah dihargai dalam menjayakan talkshow, anjuran Unit Pembangunan Insan (UPI), Nisa' Wilayah Persekutuan. "Kerana Dirimu Begitu Berharga..."

Thursday, May 15, 2008

TAZKIRAH JUMAAT : Kaedah Menuju Bahagia


1) Renungilah sabda Rasulullah S.A.W : “Bila engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang hari. Bila engkau berada pada petang hari, janganlah engkau menunggu datangnya waktu pagi”.

2) Lupakanlah masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kedegilan.

3) Jangan menyibukkan diri anda dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4) Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda
setara dengan kritikan tersebut.

5) Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6) Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah.

7) Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar.

8) Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.

9) Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10) Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.

11) Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seseorang Muslim adalah baik baginya.

12) Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13) Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak dari orang lain.

14) Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.

15) Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.

16) Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17) Sesungguhnya dalam setiap kesulitan itu terdapat kemudahan.

18) Jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara yang remeh.

19) Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas keampunanNya.

20) Jangan marah, jangan marah, jangan marah!!

21) Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti , seteguk air, dan bayangan.

22) Adz-Zariyat:22 – “Dan di dilangit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu”.

23) Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.

24) Pada orang-orang yang tertimpa musibah itu ada suri teladan.

25) Sesungguhnya jika Allah mencintai satu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan atas mereka.

26) Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.

27) Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.

28) Tinggalkanlah semua desas-desus dan jangan percaya pada khabar angin.

29) Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan
menimpa pihak lawan.

30) Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.

Dipetik dari kitab ‘LA TAHZAN’ – Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni (ms146-147)

Makluman Terkini daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS)


Berikut adalah maklumat terkini untuk dikongsi bersama:

1. Dermasiswa Tajaan ke Timur Tengah (Mesir, Morroco, Jordan)
2. Bengkel Zakat Perniagaan
3. Peluang Kerjaya di LZS


1. DERMASISWA TAJAAN KE TIMUR TENGAH
Tawaran Dermasiswa ini dibuka bagi Program Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Tahfiz Qiraat dan Bidang Perubatan di Universiti Timur Tengah (Mesir, Morroco, Jordan) sessi pengajian 2008/2009.
Tarikh tutup permohonan pada 30 Mei 2008. Maklumat lanjut sila layari http://www.e- zakat.com. my


2. BENGKEL ZAKAT PERNIAGAAN.
Adakah anda seorang usahawan atau ahli korporat Muslim?
Sekiranya YA, LZS ingin menjemput anda untuk menyertai satu medan pendidikan (tarbiyyah) Zakat Perniagaan yang ringkas dan komprehensif iaitu Bengkel Zakat Perniagaan.
Bengkel ini akan dikendalikan oleh penceramah yang berwibawa iaitu En Syed Ghazali Wafa (UKM) dan En Azizi Ali (Motivator Kewangan).
Bengkel akan berlangsung pada 5 Jun 2008 dan tarikh tutup penyertaan pada 29 Mei 2008. Tempat adalah terhad. Maklumat lanjut sila layari http://www.e- zakat.com. my


3. PELUANG KERJAYA DI LZS
Bermula pada 11 Mei 2008, Bahagian Sumber Manusia LZS telah mengiklankan peluang kerjaya bagi mengisi kekosongan di LZS. Antara jawatan-jawatan yang ditawarkan ialah:

-Jurutera Sistem
-Pentadbir Pengkalan Data
-Eksekutif & Pegawai Pengurusan Hartanah
-Eksekutif Perniagaan
-Eksekutif & Pegawai Unit Audit Dalaman
-Eksekutif Perancangan Ekonomi
-Eksekutif Rendah dan Pegawai Unit Naziran & Analisa Pelaburan
-Eksekutif Rendah dan Pegawai Akaun
-Eksekutif Rendah Penyelidikan Syariah
-Pegawai Zakat (Kaunter/ Dakwah/ Agihan)
-Pegawai Unit Penilaian dan Perolehan
-Pembantu Tadbir II (Juruteknik)
-Pembantu Tadbir III

Tarikh tutup permohonan pada 20 Mei 2008 (Selasa)
Maklumat lanjut sila layari http://www.e- zakat.com. my