“Life Is All About Challenge, Explore Your Exciting World”, tema Explorace Nisa' yang meninggalkan cebisan kenangan yang manis buat para peserta dan juga Exco Nisa' Wilayah yang terlibat. Bertempat di Taman Sri Gombak, Explorace kali ini lebih mencabar dan berjaya menarik seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada remaja-remaja yang mewakili Nisa` kawasan masing-masing. Walaupun program Explorace mengalami masalah perubahan tempat di saat akhir, namun Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan lancar.
Pit stop yang paling mencabar iaitu Fear Factor, di mana peserta dimestikan mengambil kunci di dalam baldi yang mengandungi 2 ekor belut. Kebanyakan peserta sukar untuk menghadapi cabaran ini dan ada juga yang menangis. Cabaran ini begitu meninggalkan kesan kepada kebanyakan peserta.
Di kesempatan ini, pihak kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat semua peserta yang telah berjaya mengharungi cabaran dan seterusnya menjayakan Nisa' Explorace kali ini.
Sekalung penghargaan juga buat Jawatankuasa Pelaksana dan juga para Fasilitator yang terlibat. Semoga Explorace kali ini menjadi kenangan yang bermakna kepada semua dan peserta dapat mengaplikasikan pengalaman yang dilalui ke dalam kehidupan seharian dalam mengharungi setiap cabaran dan rintangan yang mendatang.




