“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Rabb-Nya di pagi dan senja hari, dengan mengharap keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini. Dan jangan-lah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” (Qs. Al-Kahfi: 28).
Dalam perjalanan panjang dakwah dan tarbiyah ini, istiqamah dibangunkan melalui tarbiyah imaniyah yang berterusan tanpa henti, baik secara jama’i (bersama) mahupun dzati (mandiri). Halaqah tarbawi perlu dipenuhi dengan suasana ruhiyah dan peribadahan, dan pelbagai aktiviti jama’i untuk peningkatan sensitiviti ruhiyyah dan tazkiyatun-nafs (pembersihan jiwa) dilakukan secara berkala dan konsisten. Kemudian, diperkukuhkan oleh suasana saling menasihati dalam kebenaran, dalam kesabaran dan dalam kasih-sayang.”Qul Amantu Billah Tsumma Istaqim” (Katakanlah, aku beriman kepada Allah, dan lalu bersikaplah istiqamah!). (H.R. Muslim)

”Bagaimanakah kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu? Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (QS. 3 : 101)


Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda: