Saturday, July 25, 2009

Jiwa Positif Hidup Bertuhan..

Pada 12 Julai yang lepas, Unit Khidmat Kaunseling (UKK) Nisa’ WP telah mengadakan satu bengkel asas kaunseling yang bertajuk Jiwa Positif Hidup Bertuhan: “Komunikasi dengan Allah”. Bertempat di Batu Caves, Gombak bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 85 peserta yang terdiri daripada penggerak-penggerak Nisa’ Wilayah dan Nisa’ Kawasan sekitar wilayah.



Pengisian yang telah disampaikan oleh Encik Fuad bin Latip, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam telah menarik para peserta untuk memahami tentang kemahiran komunikasi intrapersonal dan interpersonal. Bersesuaian dengan tema bengkel iaitu ”Serve and Care with Allah’s Love” peserta juga turut dihidangkan dengan banyak sentuhan-sentuhan rohani yang diharapkan dapat digarap oleh semua peserta bengkel seterusnya diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.


Bengkel selama separuh hari ini juga antara lain berobjektifkan supaya penggerak Nisa’ mempunyai pendekatan dan sentuhan komunikasi yang berkesan di samping merangsang penggerak Nisa’ untuk memperlengkapkan diri dengan nilai tambah secara dinamik.

Bengkel ini telah diakhiri dengan resolusi dan sedikit latihan komunikasi yang dipimpin sendiri oleh penceramah dalam menghayati hidup sebagai hamba-Nya. Diharap semua peserta dapat mengutip seberapa banyak mutiara yang berharga di dalam program ini dan semoga Allah melimpahi rahmat dan kasih sayangNya ke atas semua pejuang agamaNya, InsyaAllah.

Saturday, July 18, 2009

Keberkatan Surah AL Ikhlas


Ketika Memulakan Kerja


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).

Khatam al-Quran


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Wednesday, July 8, 2009

Volleyball in July


Setiakawan Nisa' Wilayah

Bertemakan “Susah Senang Kita Bersama”, Nisa’ Wilayah Persekutuan mengadakan satu program brainstorming santai pada 13 dan 14 Jun yang lalu bertempat di Kuang, Selangor. Antara objektif program adalah merangka program-program Nisa’ Wilayah Persekutuan selama satu tahun selain untuk merapatkan ukhuwah di antara ajk baru dan lama.

Program selama dua hari satu malam itu diisi dengan aktiviti ta’aruf di kalangan semua ajk, qiammulail dan kuliah subuh yang dipimpin oleh Ustazah Teh Izanuri , bengkel brainstorming idea bagi setiap unit dan disusuli dengan pembentangan program dari setiap unit.


Progam diakhiri dengan resolusi dan nyanyian lagu tema “Satu Hati”, semoga semua ahli Nisa' mendapat manfaat dan teguh bersatu hati hingga ke akhirnya.. :)

Amal kerana Allah


Mari kita sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran dari hadith ini. Semoga setiap amal dan perbuatan kita, semuanya kita lakukan kerana Allah untuk memndapatkan redhaNya. Dari Abu Hurairoh bahawa telah berkata seorang penduduk Syam yang bernama Natil kepadanya,”Wahai Syeikh ceritakan kepada kami suatu hadits yang engkau dengar dari Rasulullah saw.’
Abu Hurairoh menjawab,’Baiklah. Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda,’Sesungguhnya orang yang pertama kali didatangkan pada hari kiamat adalah seorang laki-laki yang mati syahid dan dia diberitahukan berbagai kenikmatannya sehingga ia pun mengetahuinya.
Kemudian orang itu ditanya,’Apa yang telah engkau lakukan di dunia?’ Orang itu menjawab,’Aku telah berperang dijalan-Mu sehingga aku mati syahid.’ Dikatakan kepadanya,’Engkau berbohong, sesungguhnya engkau berperang agar engkau dikatakan seorang pemberani dan (gelar) itu pun sudah engkau dapatkan.’ Kemudian Allah memerintahkan agar wajah orang itu diseret dan dilemparkan ke neraka. Kemudian didatangkan lagi seorang pembaca Al Qur’an dan dia diberitahukan berbagai kenikmatan maka dia pun mengetahuinya. Dikatakan kepadanya,”Apa yang engkau lakukan di dunia?’ Orang itu menjawab,’Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarinya dan aku membaca Al Qur’an karena Engkau.’ Maka dikatakan kepadanya,’
Engkau berbohong sesungguhnya engkau mempelajari ilmu agar engkau dikatakan seorang yang alim dan engkau membaca Al Qur’an agar engkau dikatakan seorang pembaca Al Qur’an dan engkau telah mendapatkan (gelar) itu. Kemudian Allah memerintahkan agar wajahnya diseret dan dilemparkan ke neraka. Kemudian didatangkan lagi seorang yang Allah berikan kepadanya kelapangan (harta) dan dia menginfakkan seluruh hartanya itu dan dia diberitahukan berbagai kenikmatan maka dia pun mengetahuinya. Dikatakan kepadanya,”Apa yang engkau lakukan di dunia?’
Orang itu menjawab,’Aku tidak meninggalkan satu jalan pun yang Engkau sukai untuk berinfak didalamnya kecuali aku telah menginfakkan didalamnya karena Engkau.’ Maka dikatakan kepadanya,’Engkau berbohong sesungguhnya engkau melakukan hal itu agar engkau disebut sebagai seorang dermawan dan engkau telah mendapatkan (gelar) itu. Kemudian orang itu diperintahkan agar wajahnya diseret dan dilemparkan ke neraka.” (HR. Muslim) Semoga kita sentiasa berbuat dan beramal kerana Allah.
Sumber: halaqah-online.com

Jawatan Kosong lagi

jawatan kosong MATRADE

Iklan jawatan kosong di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Tarikh tutup 17 Julai 2009

Individu-individu yang berkelayakan, berdaya saing, berwawasan, berfikiran dinamik dan yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan, dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan ini.
1. Pegawai Ehwal Ekonomi - Gred E41
2. Pegawai Teknologi Maklumat - Gred F41
3. Juruteknik - Gred J17

Iklan lengkap jawatan kosong MATRADE

jawatan kosong MPSJ
Iklan jawatan kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya
Tarikh tutup 17 Julai 2009

Kakitangan Majlis dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ini ditutup adalah dipelawa untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut :

Keutamaan diberikan kepada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR
1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27
2. PENOLONG AKAUNTAN W27
3. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17
4. PEMBANTU AM PEJABAT N1

Iklan lengkap jawatan kosong MPSJ
Borang permohonan MPSJ
Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.
iii. Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan gambar berukuran pasport, surat beranak, kad pengenalan, lesen memandu, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
iv. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan Mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.
v. Semua permohonan hendaklah di alamatkan seperti berikut :
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN, ARAS 2, MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, PERSIARAN PERPADUAN USJ 5, 47610 SUBANG JAYA SELANGOR DARUL EHSAN.

vi. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan dipertimbangkan. iii. Tarikh tutup permohonan adalah pada - 17 JULAI 2009

jawatan kosong MBSA
Iklan jawatan kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam
Tarikh tutup 20 Julai 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam. Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.
Jawatan - Pegawai Penguatkuasa Gred N48

Iklan lengkap jawatan kosong MBSA

Thursday, July 2, 2009

July Babies


Selamat Hari Lahir!



1 NURUL AZREEN YUSOF 2 JUL
2 DR. FATIN HAYYANI MOHAMAD NAJIB 6 JUL
3 NURUL HUDA ZAHARI 6 JUL
4 Faizah Ferdaus 7 JULAI
5 NUR RASYIDAH ISMAIL 8 JUL
6 ROSNAH MOHAMAD AMIN 8 JULAI
7 ATIKAH ZAKARIA 9 JULAI
8 Nurul Izzati Abdul Aziz 10 JUL
9 JASMIN 'AQILAH ZAHAR 11 JUL
10 NORIZATI HUSSIN 11 JULAI
11 Nur Azrin Abdul Rahim 12 JUL
12 NUR ISLAHANA ISEMAIL 12 JUL
13 Mai Suharah Basarudin 13 Julai
14 AZLINDA MD ALI 13 JULAI
15 Nurul Masyitah Mohd Sham 14 JUL
16 FARHAH BALQIS IBRAHIM 15 JUL
17 HIJREEN ISMAIL 17 JUL
18 Noor Laila Muhiddin @ Yidin 19 JULAI
19 NUR SYAHIRAH KAMAL 19 JULAI
20 Siti Famira Roslan 23 JULAI
21 Azma Azlimaton Yahya 25 JULAI
22 Jamilah Sanny 26 JUL
23 Roslinda Ab Jalil 26 JULAI
24 BAHIYAH A.SAMAH @STEPHENIE BAHIYAH DICKEY 28 JULAI
25 Nur Hamizah Abdul Rohim 28 JUL
26 Nur Syuhadah Dollah 28 JUL
27 SITI NURUL AMALINA HJ JALIL 28 JULAI
28 NURUL BAIZULIANA MAT SHAPIAN 28 JUL
29 FATIN HANANI MOHAMAD NAJIB 29 JUL
30 UMI MAWAR ABDUL RAZAK 30 JULAI
31 FATIN LIYANA PAUZI 31 JUL
32 SITI FATIMAH MOHAMAD 31 JUL
33 NOR HAFIZAH AHMAD SHAHABUDIN 31 JUL