Tuesday, April 28, 2009

Monday, April 27, 2009

Bahana nafsu

Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku. Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day). Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.

Penghuni Kem Bina Insan Kewaja mengikuti sesi agama dan kaunseling.
Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi. Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung. Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks. Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.

Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak menyumbang kepada perlakuan seks bebas.
“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu. “Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria. “Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya. Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan.

Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga. Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’. Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka. “Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah. “Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya.

Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cinta BAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti. Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula.

Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia. “Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih.
“Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya. Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal. Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka.

“Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan ganjaran. “Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira kategori bersekedudukan... sudah macam suami isteri,” katanya.

Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan. “Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan kerajaan (NGO). “Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak. Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya dirogol ketika dalam keadaan khayal.

Kes pelajar mengandung sebelum kahwin

Kes pertama:
SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang berjuang menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini menunggu masa saat kelahiran bayinya yang dijangka penghujung Mei ini. Kejadian yang berlaku bukan keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal dikawal, beliau menanggung sengsara mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya menuntut di IPT sama meneruskan pengajian, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Biarpun bergelar pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, ia bukannya tembok kebal yang kukuh menahan nafsu serakah, segala-galanya bermula ketika musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20 tahun. Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah di selatan Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke kampung setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama. Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman lelakinya tiba di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu Ramadan, bulan mulia bagi umat Islam mengerjakan puasa. Hendak dijadikan alasan atau itu memang perancangan, mereka tiba lewat malam di ibu negara. Anehnya, ketika jam 11 malam, mereka mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke kampus, lantas menyewa hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk pulang. Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat perkhidmatannya, ibu kota sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan khidmat teksi, ke mana saja destinasi. Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara dan pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka masih kurang sekali gus hanyut atas desakan syaitan.

“Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja. Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara. “Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan kelima. “Kami berusaha mencari jalan termasuk melalui internet. Akhirnya kami menemui pusat Kewaja dan datang ke sini. Saya akan serahkan anak ini kepada keluarga angkat dan teruskan pengajian selepas ini,” katanya dengan air mata bergenang. Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka sebenarnya bercuti daripada pengajian kerana menunggu masa menyambut kelahiran anak yang tidak dirancang.

Kes kedua.
INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama dengan Sara. Semuanya berlaku ketika cuti semester. Gadis Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu, usianya baru 18 tahun dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu bakal bergelar ibu ketika usianya memasuki 19 tahun. Beliau mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka mendapati tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di rumah nenek dan di situlah bermula detik hitam dalam hidupnya. “Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian seperti biasa. Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan berkenalan. Saya hanya sedar mengandung selepas tiga bulan. “Memang keluarga mengamuk dan ibu saudara yang menghantar saya ke sini. Mereka bimbang masa depan saya dan anak,” katanya. Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya, bapa anak itu adalah teman lelakinya.

Berita ni dipaparkan dalam akhbar Berita Harian minggu lepas..
Sedih melihat realiti masyarakat sekarang tapi kalau bukan kita yang membantu mereka, siapa lagi..?

Tuesday, April 21, 2009

Nisa Indoor Games - 4 hari lagi!!

Yang ditunggu-tunggu telah tiba...!!

(eh kecil la pulak banner ni, sila klik untuk gambar lebih jelas)
Maka dengan ini, kami mengucapkan
SELAMAT BERENTAP UTK PESERTA NISA' WP
berentap untuk apa??
NISA' INDOOR GAMES ANTARA NEGERI
pada
25 April 2009(Sabtu), 8 pagi hingga 6 petang
di
DEWAN JUBLI PERAK, BANGUNAN SULTAN SALAHUDIN AZIZ SHAH,SHAH ALAM
Yang tak ambil bahagian, marilah kita
BERAMAI2 KE SANA UTK MENYOKONG TEAM WP!
(yang dah bersusah payah berlatih menajamkan skil-skil bermain dam aji, ceper, dart,catur, batu seremban dan sebagainya :)
Semoga berjaya!!

Taklimat Nisa Indoor Games


Pada 19 April yg lalu, bertempat di Dewan Surau Mutakim, Taman Melati. satu sesi taklimat dan gathering peserta-peserta Nisa' Indoor Games yang akan mewakili Wilayah Persekutuan, telah diadakan bermula jam 3 hingga 4.30 petang. Ianya telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta berserta Ahli Jawatankuasa.

Tujuan utama taklimat ini adalah untuk menerangkan undang-undang permainan kepada peserta dan seterusnya penyampaian kata-kata motivasi atau sokongan untuk pasukan Nisa' WP. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil Nisa' WP, wakil Muslimat WP dan seterusnya sesi taklimat. Hadirin juga berpeluang mendengar kata-kata semangat sebagai Penutup daripada Pengarah Nisa' WP.

Secara keseluruhannya banyak penekanan telah diberikan dari sudut peri-pentingnya peserta menunjukan akhlak yang baik, semangat kerjsama berpasukan dan berusaha berlatih bersungguh-sungguh sepanjang tempoh sebelum perlawanan sebenar pada hari Sabtu akan datang ini. Di samping itu, peserta juga banyak diperingatkan berkenaan perkara menjaga hubungan dengan Pencipta melalui penjagaan ibadah dan memperbanyakkan berdoa, semoga ianya dapat sedikit-sebanyak membantu peserta untuk mengawal rasa gemuruh dan berasa lebih tenang di hari perlawanan.

Di akhir majlis, peserta dijamu makan petang di samping hidangan kek coklat yang sedap sebagai penghargaan buat peserta yang sanggup hadir petang itu.

Nisa' WP mengucapkan SELAMAT BERJAYA DAN SELAMAT MENEMPUH PENGALAMAN BARU DALAM NISA' INDOOR GAMES NANTI.

Pesanan buat ahli Nisa' yang tidak terlibat sebagai wakil, anda dialu-alukan hadir ke Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam,Selangor untuk menyokong dan memeriahkan acara ini.. Program akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Berilah sokongan kepada pasukan dari WP di samping membeli-belah di gerai-gerai jualan yang akan dibuka. Peta ke lokasi program dilampirkan bersama.

Friday, April 17, 2009

Seindah Bidadari Syurga...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, pada hari Khamis, 16 April 2009 telah diadakan usrah Nisa Wilayah Persekutuan. Usrah ini telah dihadiri lebih 60 orang Nisa Wilayah dari seluruh kawasan. Penceramah pada malam tersebut adalah Ust Teh Izanuri atau panggilan mesranya Kak Teh dengan tajuk yang cukup menarik, `Seindah Bidadari Syurga’.


Antara pengisian yang dikongsi oleh Kak The yang berpandukan buku tulisan ulama terkenal, Syeikh Mutawalli Sya’rawi bertajuk `Tazkirah Peringatan Hari Akhirat’ seperti berikut:

1) Orang yang paling banyak menerima ujian adalah orang yang telah mendapat Hidayah – sesungguhnya Allah menguji mengikut kemampuan hamba-Nya. Apabila kita telah mengetahui sesuatu hukum Allah itu dan masih lagi ingkar, maka dosa yang kita dapat lebih besar daripada orang yang tidak mengetahui. Takutnya!Nauzubillah min zalik, semoga Allah jauhkan kita dari mengingkari hukumnya.. -_-

2) Ciri-ciri penghuni syurga:

I. Mulutnya sentiasa memuji Allah
II. Sentiasa beristighfar dan memuji Allah 70 kali sehari (seperti amalan Nabi Muhammad saw) III. Salam penghormatannya adalah salam, penutup doa mereka adalah alhamdulillah
IV. Ahli-ahli syurga dan isteri-isteri mereka duduk di tempat teduh, menperoleh buah-buahan dan segala yang diminta wah bestnya~
V. Allah dan malaikat memberi salam kepada ahli syurga
VI. Wanita penghuni syurga adalah isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya
VII. Rombongan pertama yang masuk syurga adalah seperti bulan purnama, yang kedua seperti bintang bergemerlapan dengan masing-masing dua isteri dua isteri tau, untung jadi ahli syurga nie
VIII. Di syurga tiada yang bujang, semuanya berpasangan
3) Dalil-dalil yang dikongsi tentang ahli syurga :

i)Surah Yunus, ayat 10- percakapan ahli syurga
Maksudnya : Doa mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma", dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam". Dan penutup doa mereka ialah: "Alhamdulillaahi Rabbil 'aalamin."
ii)Surah Al Zukhruf, ayat 87- Doa Nabi Yunus ketika ditelan ikan nun
Maksudnya : "..Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." ( Digalakkan baca sewaktu bersolat hajat, sujud terakhir)
iii)Surah Al Baqarah, ayat 25- Ganjaran didapati ahli syurga
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.”
4) Dalil dan hadis kehebatan wanita :

i) Surah An Nisa, ayat 32
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

ii) Sabda Rasulullah “ Wanita itu dikahwini kerana hartanya, keturunannya, paras rupanya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama”

iii) “Wanita yang berkat adalah wanita yang mudah dipinang, murah maharnya dan mudah rahimnya (mudah hamil)

iv) “Sebaik-baik wanita yang menunggang kuda dari kaum Quraisy adalah yang menyayangi anak kecilnya dan yang menhormati suaminya”

v) Jika wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan mentaati suami maka pastilah dia masuk syurga

vi) Lelaki yang mempunyai anak perempuan dan mendidik anaknya dengan baik, maka anak itu akan menjadi pendindingnya dari azab api neraka

vii) “Kesenangan dunia yang paling baik adalah isteri solehah”

Untungnya menjadi seorang wanita kan! :)
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan untuk para peserta.Semoga kita berjumpa lagi bulan depan, insya Allah :) -yeay, popia berlada tu sedaplah, lain kali tempah lagi ye!

Jom PESTA BUKU!


Pesta Buku Antarabangsa kembali lagi!
pada
17-26 April 2009
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
dari surah Al Alaq, ayat 1 hingga 5 :

[96.1] Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
[96.2] Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
[96.3] Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
[96.4] Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
[96.5] Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.


jangan berlengah lagi :) Jom!

Saturday, April 4, 2009

Selamat hari lahir :)




Selamat hari lahir :)




1Dewiana Melisa Putri Hafizon 1 APR
2Habiba Mahmood 1 APRIL
3NURUL SUHADAH SHUIB 2 APRIL
4Nursyahida md Yusoff 4 APRIL
5Siti Sarah Noor Meah 4 APRIL
6Farizah Zahari 4 APRIL
7 Norsyazana Sarun 6 APRIL
8NORLELA MD SAIDAK 7 APRIL
9SURIATI MOHAMMAD 7 APRIL
10Zubaidah Yasim 7 APRIL
11NOR JANNAH ABAS@HAMDAN 8 APRIL
12 JULIANA ABDULLAH SANI 8 APRIL
13 KHALILATI BARIZAH MD SALIMUN 8 APRIL
14 ROHAYU HAMID 10 APRIL
15 NUR 'AIN HJ IBRAHIM 11 APRIL
16 NUR ATIKAH ROSDI 12 APRIL
17 Faridah Yasim 12 APRIL
18 Nor Haizan Ibrahim @ Ghazali 13 APR
19 Nuradila Md Yusoff 15 APR
20 ROSDINA ZAMRUD AHMAD AKBAR 16 APRIL
21 ROSHALIZA RODI 18 APRIL
22 SURAYATI OTHMAN 18 APRIL
23 NURUL HIDAYAH MUKHLIS 20 APRIL
24 Shuhaida Taib 21 APRIL
25 SITI SARAH OSMAN 22 APRIL
26 Maslina Ngadiman 23 APRIL
27 KHAIRUNNISA AHMAD BASIR 26 APRIL
28 Asma' Haris 26 APRIL
29 NOR HAZLEEN ABD JALIL 28 APRIL
30 HANANI NABILAH MOHD SOBRI 29 APRIL
31 Sti Sarah Mohd Salleh 29 APRIL
32 Anna Suriaty Ahmad 29 APRIL
33 Fatimah Mohamad Noor 30 APRIL
34 SAKINAH ARSHAD AHMAD 30 APRIL

Lagi lagi Jawatan kosong

1.Jawatan kosong PKKM

Iklan jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Tarikh tutup 13 April 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia:-

1-PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI - E27
2.PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
3.JURUTEKNIK J17
4.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
5.PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) N17
6.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N17
7.PENYELIA ASRAMA N17
8.PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
9.PEMBANTU AKAUNTAN W17
10.JURUTEKNIK KOMPUTER

2.Jawatan kosong KWSP .

Iklan jawatan kosong di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh tutup 31 Mac 2009

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA merupakan sebuah organisasi keselamatan sosial yang beroperasi melalui skim kumpulan wang di Malaysia. Visi kami adalah untuk menjadi sebuah oraganisasi keselamatan sosial yang terkemuka di dunia dan sebuah agensi Kerajaan terbaik di Malaysia. Melangkah ke arah tersebut, KWSP berhadapan dengan cabaran untuk membangunkan modal insan yang sejajar dengan keperluan semasa yang kompetitif. Untuk itu, KWSP mengadakan program latihan yang komprehensif serta menggalakkan kemasukan dari sektor swasta dalam memastikan KWSP dapat melaksanakan kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan dengan jayanya. Bagi menyokong aspirasi ini, kami memerlukan calon-calon yang berkebolehan dan bermotivasi tinggi yang berminat untuk membina kerjaya dengan kami.

1. Pegawai Eksekutif - Eksekutif Laman Web
2. Pegawai Eksekutif - Eksekutif Kawalan Kualiti

Iklan lengkap KWSP

3.Jawatan kosong JPVNJ
Iklan jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor
Tarikh tutup 20 April 2009

Jawatan yang ditawarkan
1-Pemandu kenderaan (R3)
borang permohonan boleh didapati di
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor
Kompleks Kerajaan Negeri Johor C2S,Sayap Kiri, P
usat Pentadbiran Baru KerajaanNegeri Johor, 79100 Nusajaya

4.Jawatan kosong UiTM
Iklan jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara Melaka
Tarikh tutup 13 April 2009

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MELAKA
JAWATAN KOSONG
Universiti Teknologi MARA Melaka dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Kampus Universiti Teknologi MARA, MELAKA bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. JAWATAN : PENSYARAH GRED DM 45 SECARA TETAP/KONTRAK
maklumat lanjut
jawatan ksoong UiTM Melaka

5.Jawatan kosong UMMC
Iklan jawatan kosong di Universiti Of Malaysia Medical Centre
Tarikh tutup 5 April 2009


1-Pegawai Teknologi Maklumat - F412
-Pegawai Dietetik - U413
-Pegawai Farmasi - U414
-Pembantu Perubatan - U41/U425
-Pengajar Jururawat - U416
-Pegawai Perubatan - UD417
-Pegawai Perubatan - UD43/UD448
-Pegawai Perubatan - UD47/UD48

maklumat lanjut jawatan kosong UMMC

6.Jawatan kosong PSDC
Iklan jawatan kosong di Kolej Pahang Skill Development Centre
Tarikh tutup 5 April 2009

Sejajar dengan perkembangan organisasi, kami kini mencari calon-calon yang dinamik dan berdaya saing untuk bersama-sama dengan kami sebagai:
1. PENSYARAH Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang; 1) Elektrikal & Elektronik 2) Mekanikal

2. PENOLONG PENGARAH PROGRAM KHAS- (KONTRAK)
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Mempunyai pengalaman 1-2 tahun dalam bidang pemasaran dan pembangunan perniagaan
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta mampu bekerja secara berdikari.

Calon-calon yang mempunyai kelayakan bersesuaian adalah dipelawa untuk menghantar resume yang lengkap. Sila sertakan juga gambar berukuran pasport, nombor telefon, gaji terkini dan jangkaan gaji sebelum 05 April 2009 . Hanya calon-calon yang disenaraipendek akan dipanggil untuk temuduga.

PENGARAH PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA
Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) Kampus PSDC,
Taman Perindustrian Semambu, 25350 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5673200 / 09-5673191 Faks : 09-5673192
E-mail : HumanResource@psdc.gov.my

Nota : Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada SEBELAH ATAS (KIRI) sampul surat.